N9kini TV

Sunday, 6 March 2011

Tuhan mungkin bosan dengan Pas

BN menang besar semalam terhadap dua calon Pas  di PRK  Merlimau dan juga  Kerdau, Ini kali keempat Pas ditewaskan oleh calon UMNO semenjak rakyat sudah mula  menyedari penipuan Pas yang telah didedahkan setiap hari oleh media media perdana  dan juga  media baru.

Mungkin tuhan juga sudah mula bosan dengan penipuan demi penipuan yang telah dilakukan oleh Pas memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. Pas yang sentiasa berselindung di sebalik agama bagi memenuhi agenda politik mereka untuk menjadi pemerintah.Pas  yang juga sentiasa berselindung di sebalik jubah dan serban sentiasa menganggap mereka lebih alim dari orang lain hakikatnya  mereka inilah yang sering menipu siang dan malam.

Pas akan menggunakan apa saja yang boleh digapainya untuk memastikan UMNO akan dibenci oleh orang Melayu. Bersekongkol dengan dua buah parti yang sememangnya merupakan agen kepada Yahudi dan Singapore ,Pas diperkudakan di bawah nama Islam agar Bangsa Melayu yang beragama Islam berpecah bagi memastikan bangsa Melayu akan menjadi lemah.

Pas dipergunakan oleh mereka kerana sikap Nik Aziz yang benar benar benci dan berdendam dengan UMNO dan boleh melakukan apa saja  termasuk menjual agama  bagi memastikan UMNO terkubur dan beliau akan menggantikan kepopulariti Tun Mahathir Mohamad. Sejarah jelas mengukir nama Tun Mahathir dan bukan Nik Aziz sebagai pemimpin Melayu Islam yang memorden dan membangunkan Malaysia dengan pesatnya  dan adalah merupakan mantan Perdana Menteri.Sejarah ini mahu dipadamkan oleh Nik Aziz - (Tak dapek doh......)

Hari ini rakyat yang berpeluang untuk menterjemahkan perasaan mereka melalui undi telah melakukannya di  4 pilihanraya kecil yang lalu yang ditandingi oleh Pas. Jika alasan mereka  Pas hanya menang di kawasan yang punyai  ramai penyokong UMNO ,mereka perlu melihat kembali bagaimana  UMNO merampas kerusi galas  dari tanga mereka di negeri mereka.Kemudian rakyat menghuklum Pas lagi di Tenang apabila Pas menggunakan kecantikan seorang calon wanita untuk mengoda pengundi pengundi lelaki separuh umur.

Marilah kita sama sama menolak Pas dan mengajar mereka untuk menyelamatkan ramai kawan kawan yang lain yang tidak berdosa tetapi terperangkap di dalam permainan Pas yang mata berbahaya jika dibiarkan terus  hidup kerana Parti ini boleh menggadai agama untuk kepentingan Nik Aziz semata mata.Jangan sampai anak cucu kita menjadi rakyat yang tidak berguna kepada bangsa dan negara apabila mereka tertipu dengan dakyah Pas ini.Eloklah kita mencegah dari membiarkan ianya membawa barah.

1 comment:

  1. Salam saudara,
    Sekadar menegur......
    Harap tajuk boleh la ditukar kepada yg kurang sensitif sikit. Jgn sesuka hati mengandaikan kehendak tuhan, kerana setiap yg kita lafazkan, ditakuti akan kembali kepada kita semula.

    -UMNO forever-

    ReplyDelete

Others Blog List