Apa lagi yang mahu kita katakan , ketika seluruh keluarga di tanah air sedang runsing dan risau mengenai nasib anak anak mereka Implikasi dari rusuhan dan huru hara yang terjadi di Mesir yang bermula pada 16 Januari 2010.
Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil tindakan drastik dengan mengumpul semua anak anak berkenaan di rumah Negeri Sembilan sementara menunggu arahan dari Wisma Putra.
Menteri Besar begitu prihatin dan sering berhubung untuk memastikan anak anak ini terjamin dan beliau telah memberikan jaminan bahawa anak anak ini semua selamat.
Setelah jatuhnya kerajaan Presiden Hosni Mubarak, Malaysia telah mengambil tindakan evakuasi pada 3 Februari dengan melakukan usaha membawa pulang secara berperingkat semua pelajar dalam operasi “Ops Piramid”.
Para pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) adalah di antara ribuan pelajar yang dibawa pulang dengan kerjasama pihak kerajaan pusat juga kerajaan negerisetelah kerajaan pusat memutuskan untuk membawa mereka pulang.
Sedangkan anak anak dinegeri lain kerisauan untuk menampung dan mencari tambang pulang , kerajaan Negeri Sembioan telah membuat satu ‘ Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pelajar Negeri Sembilan di Mesir dalam suasana penuh kekeluargaan dan mesra.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dalam ucapannya memberitahu pihak kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk menghantar kembali pelajar-pelajar anak Negeri Sembilan dibawah tajaan MAINS dan yang belajar atas tanggungan sendiri pulang ke Mesir pada 20hb Mac ini untuk menyambung pelajaran yang terhenti.
Terdapat dua ratus tujuh pelajar tajaan MAINS dan tujuh puluh tiga pelajar tanggungan sendiri yang mana jumlah keseluruhan setakat ini adalah dua ratus lapan puluh pelajar yang akan kembali ke Mesir dan tempahan tiket penerbangan telah dibuat yang melibatkan kos RM 504,000-00.
Walaubagaimanapun, beliau menegaskan keputusan menghantar pulang pelajar-pelajar ini adalah bergantung kepada keputusan dari Majlis Keselamatan Negara yang akan memastikan hal ehwal keselamatan para pelajar ini terjamin di Mesir kelak.
Beliau juga memberitahu pelajar-pelajar yang dibawah tajaan lain seperti MARA dan JPA tidak perlu risau kerana sekiranya pihak penaja mereka tidak mahu menguruskan kepulangan mereka ke Mesir, pihak kerajaan negeri juga akan berbincang dan tetap akan menghantar mereka ke Mesir untuk kembali belajar dan memastikan kejayaan cemerlang dapat dicapai.
Menteri Besar juga mengumumkan ‘wang saku’ RM 500-00 kepada semua pelajar anak Negeri Sembilan yang akan dihantar pulang untuk kegunaan mereka memulakan kembali kuliah dan kehidupan di rantau orang.
Oleh : Rashid

No comments:
Post a Comment