Bangsa ku adalah bangsa International antara bangsa bangsa yang hebat di dunia.Siapa kata bangsa ku tidak hebat dan siapa kata bangsa ku lemah dan lembab."Malaysia boleh" slogan bangsa ku. "Malaysia Boleh " Melayu boleh juga.
Aku memang berbangga menjadi bangsa Melayu bangsa yang berdaulat bangsa yang penuh hormat beradab dan beristiadat.Siapa kata bangsa ku kurang ajar. Siapa kata bangsa tidak beradab?
Bangsa ku . Bangsa Melayu memang hebat, maksud aku Melayu yang berakal yang sayang kan bangsa dan bukan Melayu yang mahu menjual bangsa atau mengkhianat bangsa. Jangan diperkecilkan bangsa ku yang hebat. Jangan buat buat tidak tahu dan jangan cuba merubah sejarah kegemilangan bangsa ku seperti ada setengah setengah Melayu yang mahu merubah sejarah kegemilangan bangsa ku.
Bangsa ku hebat sebab bangsa ku pernah menjejakkan kaki ke gunung yang paling tinggi di dunia, bangsa ku juga pernah menjelajah menjejaki Kutub utara, Bangsa ku juga telah mengelilingi dunia dengan kapal layar. Bangsa ku pernah menjadi juara All England, bangsa ku juga pernah menerjah gawang pintu gol England. gawang pintu Gol Mancehster united.Yang paling hebat bangsa ku juga telah naik ke bulan.tak hebat ke bangsa ku?jangan kata bangsa ku tidak hebat.Siapa kata aku malu jadi bangsa Melayu?
Kenapa aku perlu malu jika bangsa ku punya kehidupan yang hebat ,bangsa ku menjadi pemimpin yang baik, bangsa ku berjaya menjana kehebatan ekonomi serta boleh memimpin sebuah negara yang hebat di mana bangsa ku dan bangsa bangsa lain yang berdamping dengan bangsa ku hidup aman sentosa dan selesa di negara ku. Tak hebat ke bangsa ku.?
Bangsa ku tidak ada yang berhijrah atau menjadi pendatang haram di Thailand , kemboja Pakistan ,Bangladesh atau Indonesia mahupun Myanmar.Bangsa ku tidak ada yang menjadi buruh kontrak di Indonesia atau Filipina. Bangsa ku juga tidak ada yang menjadi pengasuh di rumah rumah di Indonesia atau kemboja. Bangsa aku berpangkat tinggi. bangsa ku ramai yang menjadi Jurutera , Doktor , Pegawai pegawai tinggi , bangsa ku juga menjadi menteri menteri , menteri besar dan yang paling hebat bangsa kau adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di tanah air ku.
Jika aku mahu menceritakan tentang kehebatan bangsa ku, sampai esok pun tidak akan habis aku menulis sebab bangsa ku memang hebat. Macam mana kita mahu kaya kan bahawa bangsa ku tidak hebat. bangsa ku bukan hebat sahaja. Bangsa ku juga adalah yang terhaprak .yang hebat hebat yang haprak , paling haprak.
Bangsa ku boleh mencuri duit berjuta juta melalui kaedah teknologi tinggi , perompak berteknologi tinggi. bangsa ku juga boleh merompak berjuta juta ringgit. bangsa ku juga boleh memburukkan negara ku di dunia luar.Bangsa ku juga boleh menjual agama untuk kepentingan politik. Bangsa ku lebih alim dari bangsa Arab. Bangsa ku juga boleh menjaminkan kedudukan di syurga. Kala mahu ke syurga boleh bertemu dengan bangsa ku. Bangsa ku juga ada kerajaan atas langit, Hebat tak bangsa ku. Bangsa Melayu.
Jangan terperanjat satu ketika nanti apabila seluruh dunia akan berkiblatkan di Serambi Mekah, kadang kadang ,ikut musim kita kenali juga sebagai serambi Buddha. Jangan terperanjat jika semua bangsa akan mengunjungi serambi ini untuk mengisi borang bagi menyertai kelab sahabat dan mengambil borang untuk ke Syurga.hanya bangsa ku saja yang boleh melakukan.
Bangsa ku juga hebat , mana ada dalam dunia ada orang yang di dakwa boleh menjadi kebal dan sukar untuk didakwa , enggan memberikan DNA untuk di siasat oleh pihak berkuasa sehingga pihak berkuasa terpaksa mencuri.mana ada kes tertangguh berpuluh puluh kali. mana ada seorang pemimpin sanggup membawa pembancuh kopi dan pembuat karipap khas apabila keluar negara. ini semuanya dilakukan oleh bangsa ku. bangsa ku juga lah yang pernah tidur dui tangah jalan sambil pegang bendera kerana mahu derhaka kepada raja. Bangsa ku jugalah yang bermesyuarat di bawah pokok dan paling tak guna sekali bangsa ku juga lah yang sembahyang dua imam.
Tak hebat ke bangsa ku ini???
Bangsa ku memang cekal dan hebat, jika bangs aku mahukan sesuatu bangsa ku boleh lakukan apa saja. bangsa ku juga boleh mengadaikan hak dan maruah bangsa kerana mahukan kuasa. Beginilah cekalnya hati bangsa ku. Sanggup gadaikan apa sajauntuk capai matlamat.sanggup jadi pengkhianat kerana
mahukan kuasa. bangsa ku sangup jadi penipu sanggup menipu satu negara.
Mana ada bangsa yang sanggup berkawan dengan syaitan ,hanya bangsa ku.mana ada bangsa yang punya ramai jahilliah sebab tak undi Pas hanya bangsa ku. Mana ada bangsalain dalam syutga melainkan bangsaku yang membawa bendera Parti Pas.mana ada orang Arab dalam syurga. penghuni Syurag hanya bangsa ku dari kaum Pas. Hebat betul bangsa ku. Kadang kadang aku juga kompius dengan bangsa ku.
Aku selalu berharap pagar bangsa ku menjadi bangsa ku saja.bangsaku tak perlulah menjadi extra ordinary. Bangsa ku jadilah bangsa yang hebat dan bukan extrim.Apa apa pun aku tetap berbangga menjadi bangsaku yang sebenar bangsa Melayu yang beradab dan bersopan. Bangsa Melayu yang menghormati dan bukannya bangsa yang Melayu yang sentiasa menjadi saudagar Mimpi.
Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada.Tak perlulah kita mencari syurga dengan jalan pintas. beriabadah dan jadilah Islam sebenar. Bukan Islam kerana mahu merebut kuasa. Jadi lah melayu Normal , Melayu biasa tetapi penuh azam dan didikasi dan berinovasi. Jadilah Melayu yang hebat. Agar kita boleh dikenang .Tak perlulah kita mengadai maruah hanya kerana kuasa. Yang penting , Bermegah lah kerana menjadi seorang Melayu.Marilah kita berdiri di alam nyata dan lihat bagaimana bangsa ku juga sedang membina kaum dan bangsa untuk memertabakan bangsa Melayuke satu tahap yang tinggi dan dihormati. Sama sama lah kita memberikan sokongan dan sama samakita bangunkan bangsakita di bumi yang tercinta ini kerana bangsa kita memang hebat.
oleh: Along Sogo.
No comments:
Post a Comment