N9kini TV

Friday, 4 March 2011

ADUN Lenggeng di dapati bersalah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (gambar) didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor bagi mendapatkan permit menjual pasir, dua tahun lalu.

Kalau sudah bersalah , pihak berkuasa kenalah ambil Tindakan yang sepatutnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak memilih bulu dan melindungi mana mana pihak yang bersalah. begitu juga kerajaan Negeri sembilan tidak akan melindungi sesiapa juga yang bersalah.

Biasalah ini ragam manusia, sedangkan jari yang sepuluh tidak sama panjang inikan hati manusia. Bukan kita boleh tentukan ketentuan Allah SWT. Apa pun boleh berlaku , yang kahwin pun boleh bercerai.

Ini adalah kes individu dan tidak melibatkan kerajaan BN. Akibat dari sikap  individu.Tidak adil jika BN mahu dipersalahkan kerana kerajaan  BN  perlu diberikan pujian kerana tidak meletakkan kekebalan kepada perbuatan yang menyalahi undang undang. Biarlah undang undang yang menentukan.

Miang Rebung kato : Ado yang menyingai tuh dari malam tadi sampai pagi lopeh donga  berito. Biarlah tak kek kito kek orang.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List