N9kini TV

Monday, 28 March 2011

MB Bukan Politikus kertelaluan


Negeri Sembilan kini pesat membangun dan pembangunan sememangnya pantas dan ini diakui oleh seorang kawan dari UEL sebuah syarikat korporat apabila kami  berbual bual mengenai Negeri Sembilan. Segalanya   tersusun dan terancang kerana Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad haji Hasan adalah seorang ahli korporat yang banyak pengalaman sebelum beliau dipilih untuk memimpin Negeri Sembilan. Beliau yang pernah bertugas dengan syarikat syarikat besar seperti syarikat kewangan dan juga syarikat di dalam dan di luar negara.
 
Kejayaan beliau menerajui Negeri Sembilan dalam jangka masa dua penggal amat mengagumkan dan tidak siapa yang boleh menafikan bahawa beliau telah berjaya merubah iklim ekonomi Negeri Sembilan ke satu tahap yang mata memberangsangkan.

Negeri Sembilan kini adalah sebuah negeri yang mempunyai  lembah pendidikan , perkilangan , pelancongan  , pusat sukan dan juga banyak lagi hub hub yang dirancangkan untuk dibangunkan  bagi memastikan bahawa Negeri Sembilan akan menjadi  negeri yang maju dan sebuah Bandar raya yang maju kelak apabila Seremban di ikitrafkan sebagai Bandar Raya,

Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat untuk merealisasikan objektif yang telah beliau visualkan untuk di laksanakan. sokongan padu dari pemimpin dan juga  akar umbi di Negeri Sembilan yang terdiri dari bilang kaum amat diperlukan. Tanpa sokongan ini , ia nya akan  menyulitkan dan menyukarkan sedikit kelancaran segala perancangan yang telah dirancang oleh Sri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Terus terang penulis menyatakan bahawa Menteri Besar ini mempunyai visi yang hebat yang mahu direalisasikan untuk melihat rakyat negeri ini  maju dan menjadi rakyat yang terbilang. Malangnya beliau bukan lah seorang politikus yang keterlaluan  yang mahu melibatkan diri dalam pencak silat politik yang sentiasa bergolak. Tujuan utama beliau adalah untuk berkhidmat untuk rakyat. Bagi beliau, beliau mahu dinilaikan oleh pemimpin atasan , ahli ahli  politik sahabat sahabat politik dan juga musuh musuh politik dan rakyat dari hasil kerja yang telah beliau laksanakan.

Namun begitu bukan lah pula beliau langsung tidak berpolitik tetapi berpolitik biarlah ada batasannya. Politik perlu tidak berlebihan. tidak perlu hipokrit dan juga tidak perlu mengadu domba serta memburukkan orang lain mahu pun sesama sendiri.  

Apa yang penulis faham adalah seorang ahli politik perlu menghormati pemimpin yang tinggi kedudukan nya. Seorang pemimpin yang baik akan terus menghormati ketua mereka tidak kira dalam apa juga  situasi kerana itulah ketua mereka.

Pemimpin yang tidak baik adalah pemimpin  yang suka mengadu domba, melagakan rakyat dengan pemimpin dengan mengadakan ceramah ceramah mengutuk ketua mereka sendiri. Jika seorang pemimpin tidak boleh menghormati ketua mereka sendiri , ini bererti pemimpin ini bukan lah pemimpin yang sejati dan tulin. Ini adalah pemimpin yang mementingkan diri sendiri.Pemimpin sebegini perlu kita singkirkan.

Perpaduan adalah satu teras yang sentiasa dipupuk oleh Dato'  Seri Utama dan sekiranya tanpa perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan juga dalam sebuah parti yang besar, amat sukar bagi kerajaan untuk membangunkan negeri dengan pesat.Tanpa perpaduan dan keharmonian kita tidak akan berjaya untuk melaksanakan apa saja misi yang  diilhamkan.

Beliau juga pernah menyatakan dalam  ucapan beliau bahawa , apabila sampai masa nanti beliau akan meninggalkan juga kerusi  Menteri Besar dan berehat dan jawatan ini akan disandang oleh pemimpin pelapis kerana pada masa itu beliau mungkin terlalu tua untuk menguruskan kerajaan. Beliau juga berharap agar pemimpin pelapis untuk segera belajar dan mencari pengalaman bagi persediaan apabila sampai waktu mengambil alih pucuk kepimpinan.

Rakyat Negeri Sembilan masih dahagakan pembangunan dan berharap Dato' Seri Utama akan  terus menerajui kerajaan Negeri Sembilan dan meneruskan usaha yang telah di lakarkan di Grand Design yang melonjakkan Negeri Sembilan sebagai sebuah Negeri yang maju di Malaysia dan menjadi harapan anak anak Negeri Sembilan yang berada di perantauan untuk kembali ke Negeri Sembilan bagi mencurahkan bakti kepada Negeri Sembilan yang dicintai.
oleh ~ along sogo.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List