N9kini TV

Saturday, 16 July 2011

Perpaduan Formula kukuh kerajaan Negeri Sembilan

perpaduan


ISU perpaduan bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya menjadi isu sejagat dalam menentukan hala tuju kesinambungan dalam sesebuah Negara.

Berkaitan hal ini, sememangnya tak dinafikan bahawa seringkali wujud pihak yang bersikap talam dua muka, sanggup menjadi gunting dalam lipatan atas hasrat merosakkan dan menghanurpunahkan kerajaan sedia ada hanya atas alasan untuk kepentingan politik peribadinya sendiri.

Sesungguhnya tidak kiralah di mana letak kedudukan idealogi atau manifesto politik sesebuah parti, seharusnya ia tidak akan membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kerukunan yang sedia terjalin erat.

Perlu difahami, konsep negara Malaysia hari ini terbina dengan ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tunjang penggerak negara. Apa yang pasti ianya bukan terbina hanya dengan sekelip mata atau melalui coretan di atas kertas sahaja sebaliknya ia melibatkan rundingan demi rundingan iaitu perbincangan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Dalam aspek perpaduan, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh kepada kesan nipisnya ikatan persefahaman yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional dan jati diri rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara.

Sememangnya, peristiwa berdarah 13 Mei perlu dijadikan iktibar apatah lagi dilaporkan bahawa angka rasmi menunjukkan 196 kematian, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.

Ini tidak termasuk lagi dengan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang bukan sedikit impaknya.
Lantaran itulah, kewajaran perlu diletakkan di tangga teratas dalam melaksanakan tuntutan tanpa melihat kepada kepentingan individu semata-mata sebaliknya mengutamakan rakyat dan negara dengan menerobos masa hadapan. 

Dalam mengaitkan dengan situasi politik yang berlaku hari ini, sememangnya kerisauan bukanlah ke atas cubaan pakatan campuran kepada motif untuk menghancurkan BN semata-mata sebaliknya ia juga adalah sebagai cubaan mereka untuk merobek keamanan dan kesejahteraan di samping merosakkan perpaduan antara kaum yang telah terjalin sekian lama.

Hasutan, provokasi dan manipulasi berterusan di samping ajakan untuk demonstrasi dihantar melalui sistem pesanan ringkas dan tulisan dalam laman media rasmi mereka, sama ada secara bercetak atau elektronik dengan alasan, kononnya untuk suarakan rasa hati.

Sememangnya diakui oleh para pemimpin dalam BN bahawa keputusan dalam pilihan raya lalu memberi kesan yang bukan sedikit malahan pelbagai pihak mula menggesa agar perubahan dibuat supaya landskap politik negara dan perpaduan dapat dilihat dalam skop yang lebih penting.

Namun demikian, atas kemuafakatan bersama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni maka segala susah payah dan caci keji yang dilemparkan oleh pihak pembangkang juga adalah amanah bersama.

Lantas dalam agenda kebersamaan untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan sikap tolak ansur dan saling memahami antara satu kaum dengan kaum yang lain, walaupun berlainan parti, berlainan agama, budaya dan warna kulit tetapi atas satu Malaysia, BN menjadi tunjangnya.

Secara relatifnya dalam menjamin kemajuan dan keutuhan sesebuah negara adalah nilai rakyatnya untuk terus menyumbang bakti atas satu kesatua dan kebersamaan.

Lihatlah kedudukan BN hasil gabungan dengan parti-parti komponan yang mencakupi pelbagai bangsa, perbezaan agama dan budaya namun mampu mencapai kata sepakat bukan hanya ketika menjelangnya pilihan raya atau selepas menang bagi membentuk kerajaan semata-mata.

Sejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 27 Julai 1955 hinggalah ke pilihan raya ke-12 yang lalu, BN yang dahulunya parti Perikatan tetap unggul bersama dengan hanya menggunakan satu lambang sebagai bukti perpaduan tanpa menonjolkan lambang parti masing-masing.

Parti-parti komponan dalam BN sentiasa menjaga muafakat dan persefahaman biarpun berlainan bangsa dan agama, dalam pelbagai situasi walaupun pernah dilanda badai 1969 tetapi kekukuhan bersama demi kesejahteraan diutamakan.

Lantaran itu, tentunya pihak yang sengaja cuba merosakkan hubungan yang terjalin ini adalah anggota/warga yang tidak bertanggungjawab dan gagal mennyelami maksud serta menghargai perpaduan yang dimiliki.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, dan penduduknya pula berbilang kaum tentunya kesejahteraan negara mendapat tempat yang istimewa dalam memanifestasikan kelestarian antara kaum dalam rakyat keseluruhannya.

Justeru, selamilah segala yang telah menjadi sejarah, lantas jadikanlah peristiwa-peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk kesejahteraan yang berpanjangan.

Thursday, 2 June 2011

PEMBANGUNAN EKONOMI SDSI 2011 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN



Pembangunan Ekonomi Setempat menjadi landasan utama yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan satu usaha mempromosikan produk tempatan melalui program Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011 Peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan semalam sehingga 5 Jun 2011 di Pasaraya AEON Jusco, Seremban 2.

Program yang melibatkan 8 Daerah dan 25 Pengusaha Produk Tempatan merupakan usaha daripada Kerajaan Negeri Sembilan ini adalah sangat murni dan memberi peluang kepada pengusaha tempatan mempromosikan produk mereka ke persada antara bangsa.

Sesuai dengan tema program iaitu ”Dari Malaysia ke Persada Dunia” maka  ianya bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri kerana melihat produk tempatan di promosikan secara meluas.

Malah dengan pendekatan seperti ini, perusahaan yang sedia ada mampu berdaya saing, mencambah juga menjana ekonomi negeri khususnya dan negara amnya  sambil dapat memberi  pendapatan isi rumah sekaligus kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

Pelbagai produk tempatan sedang dipromosikan di pameran ini antaranya produk kraftangan batik, produk homestay iaitu pelancongan, produk kesihatan berasaskan kelapa dan pelbagai lagi. Menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar pengusaha tempatan mampu menembusi pasaraya besar dalam dan luar negara.

Malah sikap positif masyarakat dan pengguna mengutamakan barangan tempatan adalah digalakkan. Seperti slogan ”Belilah Barangan Buatan Malaysia.”

Di dalam langkah-langkah mempromosikan produk tempatan,  pembungkusan dan perlabelan adalah perkara yang sangat penting sekali. Dua perkara ini akan menarik minat pembeli dan pengguna kerana tarikan yang ada pada produk yang dipasarkan.

Malah agensi-agensi seperti SIRIM, FAMA dapat membantu usaha-usaha ini. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam usaha menjadi Pengusaha Tempatan Peringkat Antara bangsa.

Kerajaan Negeri Sembilan amat menyokong konsep SDSI yang mula digerakkan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK-6) iaitu pada tahun 1992 yang dikenali sebagai Program Satu Kampong Satu Produk (SKSP) yang mengambil ilham dari kejayaan program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Japan.
Perkembangan perusahaan telah bercambah dari tahun ke tahun. Maka pada tahun 2003, penjenamaan semula telah dilakukan di mana SKSP diubah menjadi SDSI.

PEMBANGUNAN KOMPLEKS BAITUL HILAL DI PORT DICKSON


Pembangunan Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson telah melalui Pembangunan Fasa Kedua apabila Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan WAKAF dan Zakat dan Haji (JAWHAR) bertindak menjadikan Kompleks Baitul Hilal tercanggih di Asia.

Kompleks Baitul Hilal yang dulunya dikenali sebagai Balai Cerapan dibina pada awal tahun 1970an seluas 1.4 hektar di mana banggunan utamanya Anjung Cerap, Bilik Solat, banggunan pentadbiran dan sebagainyanya.
Kini, melalui pembangunan Fasa kedua yang dijangka siap pada November 2011, turut ditambah ialah pembinaan Hotel Wakaf di samping prasarana yang lengkap dan canggih di pusat cerapan Baitul Hilal.

Bangunan 2 tingkat Baitul Hilal menempatkan Pejabat Pengkajian Astronomi dan Balai Cerapan, Pusat Latihan dan Seminar MAINS. Ia melibatkan keluasan binaan iaitu 1742.46m². Manakala Pembinaan Hotel Wakaf 4 tingkat itu telah dibahagikan kepada 2 unit iaitu Unit Hotel sebanyak 85 unit dan Unit Apartment sebanyak 3 unit.
Baitul Hilal di Port Dickson juga telah melakarkan sejarah tersendiri apabila paling banyak ketampakan cerapan dilakukan bagi menentukan tarikh bagi bulan Islam terutamanya menentukan 1 Ramadhan, 1 Syawal dan 1 Zulhijjah.

Merujuk kepada Penolong Mufti Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ahmad Zaki Hamzah pada tahun 2006 berkata rekod ketampakan anak bulan dicatat paling tinggi di Baitul Hilal iaitu sebanyak sembilan kali. “Ia dilihat pada 1972, 1973, 1974, 1976, 1980, 1981, 1983, 1984 dan 1989. Kesemua itu dicatat ketika melihat anak bulan syawal.”

Peranan balai cerapan anak bulan Baitul Hilal mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu berdepan dengan ufuk yang luas tanpa mempunyai halangan dan satu kedudukan paling strategik di Asia Tenggara.

Kompleks yang dijangka siap menjelang November 2011 ini bakal menjadi produk pelancongan di mana hasrat kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan kehadiran kumpulan pakar-pakar astronomi dari pelbagai negara.

Para pengkaji ini boleh  menggunakan prasarana dan kemudahan canggih yang di sediakan dan ianya akan juga memberi peluang  kepada Kelab Astronomi di peringkat sekolah dan universiti melakukan kajian mereka.

Wednesday, 27 April 2011

Apakah penduduk Ampangan mahukan Rashid mansuhkan Talkin di DUN ???

Tidak salah lah apa yang pernah penulis dengar dari penduduk penduduk Ampangan bahawa ADUN mereka si Rashid katek ini adalah kaki Magnum. Penulis terperanjat juga sampai MB Negeri Sembilan pun tahu bahawa RASHID ini kaki Magnum. Dalam Tazkirah MB kepada Rashid Katek di Parlimen baru baru ini , beliau ada mengatakan, "itulah, jangan asyik beli nombor ekor saja" . Tapi sekarang rasanya Dato' Seri MB. Rashid katek ini tidak lagi beli nombor ekor sendiri .Dia kirim saja.

Sebenarnya YB ini suka makan udang mentah. udang yang belum di masak , macam kucing perangai dia. Itulah kata orang tua tua dulu kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan yang dalam. Kalau Ilmu sejengkal jangan cuba cuba menduga ilmu orang lain. Apa Rashid ini takut mati ke? takut pak imam baca talkin ke? kenapa pula talkin pula yang dia sakit hati dan mahu menghapuskan pembacaan talkin. Ini ke yang pengundi Ampangan mahu dia bawa ke sidang Parlimen. Apakah pengundi Ampangan mahu Rashid bawa isu talkin di dewan Undangan Negeri ?

Sebenarnya Rashid sudah tidak ada isu pembangunan untuk di bawa sebab pembangunan di Ampangan bukan Rashid yang buat. Rashid tak ambil tahu pun pasal pembangunan. Rashid juga dikatakan pernah bersungut dan seolah olah menyesal menjadi wakil rakyat, Banyak pakai duit katanya. Pada mulanya dia ingat jadi wakil rakyat boleh kaut banyak projek.Rashid juga ada meluahkan hasratnya untuk tidak akan bertanding pada PRU13 yang akan datang. Rashid punya banyak masalah peribadi dan PA nya sendiri telah meninggalkan dia, Tak tahan semua kena buat, beli nombor ekor pun PA kena buat.

Papa Nurul Izzah Part II

Setelah tersebar Video yang melibatkan pemimpin pembangkang baru baru ini banyak teka teki yang masih bermain dan sehingga hari ini Wan Azizah isteri Anwar menafikan bahawa pelakon dalam Video berkenaan bukan Anwar. kini tersiar pula Video dari filem yang sama tetapi dari bahagian yang sama. Persoalan yang perlu di tanya kepada Wan Azizah sekarang , adakah Anwar pakai baju dalam . dahulu lah ..sekarang tidak mungkin Anwar pakai baju dalam lagi.Kepada anak Anwar Ihsan dan Nurul Izzah , kenal tak seluar dalam itu. Apakah itu seluar dalam Papa anda ??


Monday, 25 April 2011

ADUN PKR persoal kandungan talqin, ditegur MB Negeri Sembilan

Apolah ko bangang sangat kau ni Rashid.
SEREMBAN: Seorang ahli pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan “tazkirah” selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.
Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

“Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya.
Mohamad menjawab : “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.”
Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

Ketika ini, beberapa penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.

“Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis…ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing,” kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.

Katanya, perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

“Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka,” katanya. – BERNAMA



video

Others Blog List