Sampai bila rakyat mahu ditipu dan diperbodohkan oleh pembangkang. Macam mana mereka mahu menjadi pemimpin yang jujur apabila mereka sesama sendiripun tidak jujur. DAP dan PKR menikam PAS dari belakang kerana mereka merasakan bahawa Pas tidak layak bersama sama mereka. Tapi oleh kerana mahu tumbangkan sangat kerajaan UMNO , Pas dengan muka tak malunya terpaksa bersekongkol dengan DAP.
Pas pula jadi kaki canang bahan fitnah dikilang kilang fitnah (pentas ceramaha), yang dijadi mangsa adalah negeri negeri yang sedang membangun. Dulu mereka kata Negeri Sembilan akan bankrap, sekarang mereka kata Pahang pula.
Pas pula jadi kaki canang bahan fitnah dikilang kilang fitnah (pentas ceramaha), yang dijadi mangsa adalah negeri negeri yang sedang membangun. Dulu mereka kata Negeri Sembilan akan bankrap, sekarang mereka kata Pahang pula.
Inilah kalau mulut busuk macam bangkai, tidak boleh ditutup dengan tudung saji lambat laun bau busuknya akan keluar juga.
Cara Pas berkempen dengan menjadikan pentas pentas ceramah sebagai kilang fitnah tempat menabur fitnah.
Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan apabila ditanya mengenai isu pembangkang berkempen dengan cara menabur fitnah, beliau berkata cara mereka berkempen untuk terus menaburkan fitnah dan membohongi rakyat tidak boleh dijadikan sebagai cara untuk berkempen lagi . Dulu boleh dua tiga tahun yang lepas pada tahun 2008 ketika pilihanraya UMUM ke-12 , bolehlah mereka lakukan sedemikian kerana ketika itu rakyat terjebak dalam suasana yang mengelirukan.Pihak kerajaan tak berkesempatan untuk menerangkan isu-isu mahupun menjawab masalah-masalah di kawasan masing-masing.
Pihak pembangkang menggunakan kesempatan ini untuk memutarbelitkan fakta-fakta sehinggakan menuduh kerajaan seperti di negeri Pahang menuduh kerajaan bankrap.Sekarang ini rakyat sudah boleh menilai. Mereka boleh tuduh macam macam. Mereka menuduh kerajaan Melaka menyalahgunakan kuasa dan macam-macam lagi.
Saya lihat pembangunan yang dibuat dibuat kawasan-kawasan di negeri Melaka, semuanya menampakkan pembangunan yang baik dan rakyat mahu melihat supaya kesejahteraan dan keamanan ini diteruskan dengan memilih semula wakil BN mewakili mereka di DUN Merlimau.
Kata beliau lagi untuk mengekalkan momentum ini , peasanan Perdana Menteri perlu diambil kira seluruh kepimpinan perlu turun kepadang untuk bertemu dengan akar umbi menyelami maslah mereka dan jangan ada lagi isu-isu yang masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi duri dalam daging dan terutamanya janji-janji yang dibuat pada PIliharaya 2008 . Sepatutnya semuan janji jani ini telah pun diselesaikan. Di Negeri Sembilan kami buat apa yang dipanggil sebagai usaha untuk membilas isu-isu.
Katanya lagi bahawa mereka pergi ke seluruh daerah kita bawa seluruh jentera pentadbiran kerajaan utk dengar sendiri apakah lagi isu-isu, masalah masalah setempat yang masih belum dapat diselesaikan dan yang perlu diselesaikan segera. Jadi saranan dan arahan daripada PM kepada semua kerajaan negeri, kepada ahli parti, jentera parti dan jentera kerajaan amat jelas sekali supaya selesaikanlah isu dan masalah rakyat agar orang tidak dapat mengambil kesempatan pada piliharanraya yang akan datang. Isu-isu setempat ini dijadikan sebagai isu yang boleh memungkinkan dijadikan sebagai isu yg boleh mengalahkan ataupun mengakibatkan kita menerima kekalahan disesuatu tempat.
Saya memang nampak momentum ini. Mula-mula kita menang di Bagan Pinang. Itu adalah permulaan kepda memontum yang amat baik sekali di mana sebelum Bagan Pinang, kita banyak kalah dalam pilihanraya kecil .Kita kalah lapan kali , kita kalah dan kali ke-9 kita menang dan lepas itu kita terus menang pilihanraya dan pilihanraya melainkan kita kalah di Manik Urai kita kalah 65 undi sahaja. Lepas tu kita menang, bahkan di Ulu Selangor dimana ia merupakan satu PRK yang dikatakan amat sengit sekali, kita masih lagi dapat kekalkan kerusi BN di sana dan lepas tu di Batu Sapi kita menang dgn amat selesa sekali dan selepas itu di Tenang dan sekarang di Merlimau dan Kerdau.
Ini adalah momentum momentum yang jelas sekali menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional telahpun meningkat dan ini merupakan petanda baik yang mana kita harapkan supaya sokongan ini akan berterusan dengan cara jentera kerajaan dan jentera parti akan terus bersama2 utk berusaha meningkatkan lagi mensejahterakan lagi rakyat setempat dan juga rakyat di kawasan masing-masing.

No comments:
Post a Comment