N9kini TV

Saturday, 16 July 2011

Perpaduan Formula kukuh kerajaan Negeri Sembilan

perpaduan


ISU perpaduan bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya menjadi isu sejagat dalam menentukan hala tuju kesinambungan dalam sesebuah Negara.

Berkaitan hal ini, sememangnya tak dinafikan bahawa seringkali wujud pihak yang bersikap talam dua muka, sanggup menjadi gunting dalam lipatan atas hasrat merosakkan dan menghanurpunahkan kerajaan sedia ada hanya atas alasan untuk kepentingan politik peribadinya sendiri.

Sesungguhnya tidak kiralah di mana letak kedudukan idealogi atau manifesto politik sesebuah parti, seharusnya ia tidak akan membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kerukunan yang sedia terjalin erat.

Perlu difahami, konsep negara Malaysia hari ini terbina dengan ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tunjang penggerak negara. Apa yang pasti ianya bukan terbina hanya dengan sekelip mata atau melalui coretan di atas kertas sahaja sebaliknya ia melibatkan rundingan demi rundingan iaitu perbincangan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Dalam aspek perpaduan, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh kepada kesan nipisnya ikatan persefahaman yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional dan jati diri rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara.

Sememangnya, peristiwa berdarah 13 Mei perlu dijadikan iktibar apatah lagi dilaporkan bahawa angka rasmi menunjukkan 196 kematian, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.

Ini tidak termasuk lagi dengan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang bukan sedikit impaknya.
Lantaran itulah, kewajaran perlu diletakkan di tangga teratas dalam melaksanakan tuntutan tanpa melihat kepada kepentingan individu semata-mata sebaliknya mengutamakan rakyat dan negara dengan menerobos masa hadapan. 

Dalam mengaitkan dengan situasi politik yang berlaku hari ini, sememangnya kerisauan bukanlah ke atas cubaan pakatan campuran kepada motif untuk menghancurkan BN semata-mata sebaliknya ia juga adalah sebagai cubaan mereka untuk merobek keamanan dan kesejahteraan di samping merosakkan perpaduan antara kaum yang telah terjalin sekian lama.

Hasutan, provokasi dan manipulasi berterusan di samping ajakan untuk demonstrasi dihantar melalui sistem pesanan ringkas dan tulisan dalam laman media rasmi mereka, sama ada secara bercetak atau elektronik dengan alasan, kononnya untuk suarakan rasa hati.

Sememangnya diakui oleh para pemimpin dalam BN bahawa keputusan dalam pilihan raya lalu memberi kesan yang bukan sedikit malahan pelbagai pihak mula menggesa agar perubahan dibuat supaya landskap politik negara dan perpaduan dapat dilihat dalam skop yang lebih penting.

Namun demikian, atas kemuafakatan bersama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni maka segala susah payah dan caci keji yang dilemparkan oleh pihak pembangkang juga adalah amanah bersama.

Lantas dalam agenda kebersamaan untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan sikap tolak ansur dan saling memahami antara satu kaum dengan kaum yang lain, walaupun berlainan parti, berlainan agama, budaya dan warna kulit tetapi atas satu Malaysia, BN menjadi tunjangnya.

Secara relatifnya dalam menjamin kemajuan dan keutuhan sesebuah negara adalah nilai rakyatnya untuk terus menyumbang bakti atas satu kesatua dan kebersamaan.

Lihatlah kedudukan BN hasil gabungan dengan parti-parti komponan yang mencakupi pelbagai bangsa, perbezaan agama dan budaya namun mampu mencapai kata sepakat bukan hanya ketika menjelangnya pilihan raya atau selepas menang bagi membentuk kerajaan semata-mata.

Sejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 27 Julai 1955 hinggalah ke pilihan raya ke-12 yang lalu, BN yang dahulunya parti Perikatan tetap unggul bersama dengan hanya menggunakan satu lambang sebagai bukti perpaduan tanpa menonjolkan lambang parti masing-masing.

Parti-parti komponan dalam BN sentiasa menjaga muafakat dan persefahaman biarpun berlainan bangsa dan agama, dalam pelbagai situasi walaupun pernah dilanda badai 1969 tetapi kekukuhan bersama demi kesejahteraan diutamakan.

Lantaran itu, tentunya pihak yang sengaja cuba merosakkan hubungan yang terjalin ini adalah anggota/warga yang tidak bertanggungjawab dan gagal mennyelami maksud serta menghargai perpaduan yang dimiliki.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, dan penduduknya pula berbilang kaum tentunya kesejahteraan negara mendapat tempat yang istimewa dalam memanifestasikan kelestarian antara kaum dalam rakyat keseluruhannya.

Justeru, selamilah segala yang telah menjadi sejarah, lantas jadikanlah peristiwa-peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk kesejahteraan yang berpanjangan.

Thursday, 2 June 2011

PEMBANGUNAN EKONOMI SDSI 2011 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN



Pembangunan Ekonomi Setempat menjadi landasan utama yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan satu usaha mempromosikan produk tempatan melalui program Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011 Peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan semalam sehingga 5 Jun 2011 di Pasaraya AEON Jusco, Seremban 2.

Program yang melibatkan 8 Daerah dan 25 Pengusaha Produk Tempatan merupakan usaha daripada Kerajaan Negeri Sembilan ini adalah sangat murni dan memberi peluang kepada pengusaha tempatan mempromosikan produk mereka ke persada antara bangsa.

Sesuai dengan tema program iaitu ”Dari Malaysia ke Persada Dunia” maka  ianya bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri kerana melihat produk tempatan di promosikan secara meluas.

Malah dengan pendekatan seperti ini, perusahaan yang sedia ada mampu berdaya saing, mencambah juga menjana ekonomi negeri khususnya dan negara amnya  sambil dapat memberi  pendapatan isi rumah sekaligus kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

Pelbagai produk tempatan sedang dipromosikan di pameran ini antaranya produk kraftangan batik, produk homestay iaitu pelancongan, produk kesihatan berasaskan kelapa dan pelbagai lagi. Menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar pengusaha tempatan mampu menembusi pasaraya besar dalam dan luar negara.

Malah sikap positif masyarakat dan pengguna mengutamakan barangan tempatan adalah digalakkan. Seperti slogan ”Belilah Barangan Buatan Malaysia.”

Di dalam langkah-langkah mempromosikan produk tempatan,  pembungkusan dan perlabelan adalah perkara yang sangat penting sekali. Dua perkara ini akan menarik minat pembeli dan pengguna kerana tarikan yang ada pada produk yang dipasarkan.

Malah agensi-agensi seperti SIRIM, FAMA dapat membantu usaha-usaha ini. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam usaha menjadi Pengusaha Tempatan Peringkat Antara bangsa.

Kerajaan Negeri Sembilan amat menyokong konsep SDSI yang mula digerakkan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK-6) iaitu pada tahun 1992 yang dikenali sebagai Program Satu Kampong Satu Produk (SKSP) yang mengambil ilham dari kejayaan program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Japan.
Perkembangan perusahaan telah bercambah dari tahun ke tahun. Maka pada tahun 2003, penjenamaan semula telah dilakukan di mana SKSP diubah menjadi SDSI.

PEMBANGUNAN KOMPLEKS BAITUL HILAL DI PORT DICKSON


Pembangunan Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson telah melalui Pembangunan Fasa Kedua apabila Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan WAKAF dan Zakat dan Haji (JAWHAR) bertindak menjadikan Kompleks Baitul Hilal tercanggih di Asia.

Kompleks Baitul Hilal yang dulunya dikenali sebagai Balai Cerapan dibina pada awal tahun 1970an seluas 1.4 hektar di mana banggunan utamanya Anjung Cerap, Bilik Solat, banggunan pentadbiran dan sebagainyanya.
Kini, melalui pembangunan Fasa kedua yang dijangka siap pada November 2011, turut ditambah ialah pembinaan Hotel Wakaf di samping prasarana yang lengkap dan canggih di pusat cerapan Baitul Hilal.

Bangunan 2 tingkat Baitul Hilal menempatkan Pejabat Pengkajian Astronomi dan Balai Cerapan, Pusat Latihan dan Seminar MAINS. Ia melibatkan keluasan binaan iaitu 1742.46m². Manakala Pembinaan Hotel Wakaf 4 tingkat itu telah dibahagikan kepada 2 unit iaitu Unit Hotel sebanyak 85 unit dan Unit Apartment sebanyak 3 unit.
Baitul Hilal di Port Dickson juga telah melakarkan sejarah tersendiri apabila paling banyak ketampakan cerapan dilakukan bagi menentukan tarikh bagi bulan Islam terutamanya menentukan 1 Ramadhan, 1 Syawal dan 1 Zulhijjah.

Merujuk kepada Penolong Mufti Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ahmad Zaki Hamzah pada tahun 2006 berkata rekod ketampakan anak bulan dicatat paling tinggi di Baitul Hilal iaitu sebanyak sembilan kali. “Ia dilihat pada 1972, 1973, 1974, 1976, 1980, 1981, 1983, 1984 dan 1989. Kesemua itu dicatat ketika melihat anak bulan syawal.”

Peranan balai cerapan anak bulan Baitul Hilal mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu berdepan dengan ufuk yang luas tanpa mempunyai halangan dan satu kedudukan paling strategik di Asia Tenggara.

Kompleks yang dijangka siap menjelang November 2011 ini bakal menjadi produk pelancongan di mana hasrat kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan kehadiran kumpulan pakar-pakar astronomi dari pelbagai negara.

Para pengkaji ini boleh  menggunakan prasarana dan kemudahan canggih yang di sediakan dan ianya akan juga memberi peluang  kepada Kelab Astronomi di peringkat sekolah dan universiti melakukan kajian mereka.

Wednesday, 27 April 2011

Apakah penduduk Ampangan mahukan Rashid mansuhkan Talkin di DUN ???

Tidak salah lah apa yang pernah penulis dengar dari penduduk penduduk Ampangan bahawa ADUN mereka si Rashid katek ini adalah kaki Magnum. Penulis terperanjat juga sampai MB Negeri Sembilan pun tahu bahawa RASHID ini kaki Magnum. Dalam Tazkirah MB kepada Rashid Katek di Parlimen baru baru ini , beliau ada mengatakan, "itulah, jangan asyik beli nombor ekor saja" . Tapi sekarang rasanya Dato' Seri MB. Rashid katek ini tidak lagi beli nombor ekor sendiri .Dia kirim saja.

Sebenarnya YB ini suka makan udang mentah. udang yang belum di masak , macam kucing perangai dia. Itulah kata orang tua tua dulu kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan yang dalam. Kalau Ilmu sejengkal jangan cuba cuba menduga ilmu orang lain. Apa Rashid ini takut mati ke? takut pak imam baca talkin ke? kenapa pula talkin pula yang dia sakit hati dan mahu menghapuskan pembacaan talkin. Ini ke yang pengundi Ampangan mahu dia bawa ke sidang Parlimen. Apakah pengundi Ampangan mahu Rashid bawa isu talkin di dewan Undangan Negeri ?

Sebenarnya Rashid sudah tidak ada isu pembangunan untuk di bawa sebab pembangunan di Ampangan bukan Rashid yang buat. Rashid tak ambil tahu pun pasal pembangunan. Rashid juga dikatakan pernah bersungut dan seolah olah menyesal menjadi wakil rakyat, Banyak pakai duit katanya. Pada mulanya dia ingat jadi wakil rakyat boleh kaut banyak projek.Rashid juga ada meluahkan hasratnya untuk tidak akan bertanding pada PRU13 yang akan datang. Rashid punya banyak masalah peribadi dan PA nya sendiri telah meninggalkan dia, Tak tahan semua kena buat, beli nombor ekor pun PA kena buat.

Papa Nurul Izzah Part II

Setelah tersebar Video yang melibatkan pemimpin pembangkang baru baru ini banyak teka teki yang masih bermain dan sehingga hari ini Wan Azizah isteri Anwar menafikan bahawa pelakon dalam Video berkenaan bukan Anwar. kini tersiar pula Video dari filem yang sama tetapi dari bahagian yang sama. Persoalan yang perlu di tanya kepada Wan Azizah sekarang , adakah Anwar pakai baju dalam . dahulu lah ..sekarang tidak mungkin Anwar pakai baju dalam lagi.Kepada anak Anwar Ihsan dan Nurul Izzah , kenal tak seluar dalam itu. Apakah itu seluar dalam Papa anda ??


Monday, 25 April 2011

ADUN PKR persoal kandungan talqin, ditegur MB Negeri Sembilan

Apolah ko bangang sangat kau ni Rashid.
SEREMBAN: Seorang ahli pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan “tazkirah” selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.
Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

“Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya.
Mohamad menjawab : “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.”
Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

Ketika ini, beberapa penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.

“Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis…ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing,” kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.

Katanya, perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

“Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka,” katanya. – BERNAMA



video

Wednesday, 20 April 2011

DAP Ibarat Parasit Dalam Pembangkang


Hidup atas nama pembangkang, itu istilah yang paling sesuai buat parti ini. Sekian lama DAP menghadapi susah payah diatas penubuhannya ketika awal kemerdekaan dahulu dan kini sudah bergelar parti yang aktif menakluk beberapa kawasan di Malaysia.

Tetapi apakah hidupnya parti ini kerana wujudnya beberapa parti gergasi yang lain disamping mendapat bantuan beberapa parti yang tumbuh bagai cendawan? Inilah yang sedang kita lihat sepanjang berlangsungnya perjalanan politik tanah air. Lebih dikesalkan lagi adalah cara parti ini bergerak dengan berselindung disebalik kredibiliti parti pakatan mereka yang lebih agresif dan dalam masa yang sama menghirup darah parti-parti yang lain hingga menemui kekalahan tanpa disedari oleh parti yang bergerak sama dengan DAP.

Lihat sahaja contoh Pilihanraya DUN Sarawak dimana PKR yang menghantar wakilnya bertanding telah mengalami kekalahan teruk sedangkan DAP memperolehi kemenangan yang lebih banyak hingga mampu menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari SUPP.

Adakah Pakatan pembangkang masih tidak sedar akan muslihat ini hinggakan terkorban angkara DAP? Strategi DAP yang sangat licik telah mengaburi dua parti besar iaitu PAS dan PKR akan tetapi dapat dibaca oleh para penganalisis politik. DAP mempunyai pelan penaklukan Malaysia melalui beberapa buah negeri sebagai checkpoint seterusnya menjadikan negeri taklukan mereka sebagai center untuk meluaskan kawasan.

Apa yang harus kita ketahui ialah dasar perkongsian DAP yang berat sebelah dimana parti-parti lain tidak boleh mengganggu gugat kawasan DAP akan tetapi parti DAP boleh mencampuri urusan parti lain. Kita ambil contoh seperti apa yang berlaku di Perak setelah BN mengalami kekalahan besar pada PRU 12. PAS yang sepatutnya mentadbir telah dipertikaikan oleh DAP kerana menteri besarnya bukandari kalangan ahli DAP sendiri. Sedangkan undang-undang Perak berkehendakkan bahawa Menteri Besar mesti terdiri dari Bangsa Melayu Beragama Islam.

Jelaslah apa yang  katakan disini semuanya berdasarkan fakti serta bukti kukuh. Bukan sekadar omong-omong kosong seperti yang selalu didakwa oleh puak pembangkang. Menjadi harapan, semoga mesej kesedaran ini akan sampai ke lubuk hati para penyokong parti pembangkang agar menerima hakikat bahawa siapa sebenarnya DAP didalam Malaysia.

Oleh: Parang Pedang

Monday, 11 April 2011

Cikgu Bard Selesa Berimankan Pembohongan Untuk Jaga Nuar Berahim

Selaku seorang Muslim, Cikgu Bard tidak kisah menipu. Dia selesa berbohong ke sana ke mari asalkan dilihat sebagai pejuang Nuar Berahim.

Terbaru, dia mendakwa memiliki alinan video seks Khairy Jamaludin tetapi telah dimusnahkan.

Kalu begitu BM pun boleh mendakwa memiliki berpuluh salinan cakra padat video aksi seks Cikgu Bard dengan berbagai jenis pasangan. Video itu diperolehi dari pemimpin parti Pas. Ada juga yang diperolehi dari DAP dan PKR sendiri.

Tetapi pemimpin yang menyerahkan cakra padat itu tidak dapat dihubungi lagi kerana ada yang sudah mati, ada yang sudah berpindah ke luar negeri yang tidak diketahui lokasinya.

Cakera padat itupun sudah dimusnahkan, jadi tak dapat nak tunjuk bukti. Tetapi kenalah percaya juga dakwaan itu adalah benar dan mesti dipercayai.

Alaihai cikgu Bard!

Setelah cuba membuat GIMIK bagi menarik perhatian dan seterusnya mengalihkan isu video lucah membabitkan Anwar Ibrahim, terdapat desakan yang sangat kuat terhadap Chegu Bard dan Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk mendedahkan video seks yang dikatakan melibatkan Khairy Jamaluddin dan isteri pemimpin kanan negara!!!

Sekalipun ramai yang sangsi kerana bukti-bukti yang kerap kali ditampilkan oleh geng-geng PKR seperti yang dilakukan oleh Tian Chua untuk membuktikan wujudnya hubungan antara Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu yang kemudiannya diketahui sebagai BUKTI PALSU dan SENGAJA DIADA-ADAKAN, namun ramai yang tetap berkeinginan untuk melihat video yang dimaksudkannya.

Ketika puak-puak PKR sibuk dengan qazaf, rupa-rupanya mereka sendiri tidak faham tentang qazaf apabila menuduh orang lain melakukan zina tanpa sebarang bukti. Dan tidak pula ada orang UMNO yang membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam untuk menfailkan permohonan qazaf terhadap Chegu Bard dan Shamsul Iskandar.

Dalam usaha untuk menunjukkan yang mereka adalah dari kalangan yang baik, suci dan berhati baik, terutama dengan cerita kononnya, 2000 keping cakera padat yang mengandungi video tersebut telah dimusnahkan, ramai yang menyifatkan Chegu Bard dan Shamsul Iskandar Mohd Akin SEBAGAI PEMBOHONG BESAR yang sebenarnya tidak ada apa-apa, tetapi bercakap besar agar mereka dipandang dan disedari kewujudan mereka di muka bumi ini.

Ramai yang bercakap tentang betapa terdesaknya AMK dan SAMM untuk terus membela Anwar Ibrahim memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang hujah untuk menangkis penyiaran video berkenaan, selain daripada terpaksa mewujudkan hujah-hujah yang KEMUDIANNYA DIGELAKKAN OLEH RAMAI rakyat Malaysia kerana penafian yang dibuat, tidak ubah seperti penafian pencuri yang ditangkap sedang mencuri barang.
Bahtera Merdeka

Thursday, 7 April 2011

BENARKAH TOK SAHAK BERHUTANG BERJUTA RINGGIT - KALAU MACAM TU MACAM MANA NAK JADI PEMIMPIN ?

 
Salahkan Orang Lain Nama Tidak Tersenarai Jadi Calon

Bila membaca akhbar hari ini, PM menegaskan tarikh pilihanraya umum masih belum boleh diperkatakan lagi kerana peratusan sokongan tidak memainkan peranan utama dalam membuatkan keputusan tersebut kerana ianya hanyalah menyatakan populariti sahaja.

Hal ini samalah juga dengan keadaan Sahak oh Sahak yang mana dahulunya dia popular lah Sahak oh Sahak ini dapat peluang jadi pemimpin walhal entah apa yang dia pimpin pun tak tahu..pimpin tangan orang pergi pulau Batam ada laa..

Tetapi, langit tak selalunya cerah.. Sahak oh Sahak akhirnya hanya mampu bergelar mantan bagi ADUN Lenggeng. Sekarang ini Sahak oh Sahak heboh pula mempertikaikan kenapa dia tidak terpilih jadi calon. (macam mana orang nak pilih kau Sahak oh Sahak, kalau tak tahu buat kerja!). Sahak oh Sahak tidak berpuas hati namanya tidak tersenarai dalam percalonan dan mulalah si Sahak oh Sahak ini merapu kononnya tidak terpilih kerana ada pihak yang dengki dengannya dan menyalahkan MB pula..

Aduhai Sahak oh Sahak, sudah tersepit tidak bernafas macam ni pun kamu hendak tuding jari pada orang lain pula? Sahak oh Sahak sudah lupa atau buat-buat lupa dengan keadaan diri Sahak oh Sahak sendiri? Bukankah Sahak oh Sahak ini pernah ada kes di mahkamah dan belum selesai pun kes tersebut...

Sesiapapun faham dan tahu kalau calon itu mempunyai kes di mahkamah risiko untuk kehilangan kerusi adalah besar. Justeru, adalah baiknya Sahak oh Sahak tidak dipilih menjadi calon. Baik untuk calon pilihanraya mahupun calon pemilihan UMNO..dua-dua tak layak..

Cukup kita sentuh dua dalil mengapa Sahak oh Sahak ini tidak layak menjadi pemimpin/calon. Pertamanya, Sahak oh Sahak ini seorang yang diktator, yang mahu semua orang dengar cakap dia sahaja. Berjanji itu ini dengan penduduk kampong tapi perlaksanaannya satu pun tiada.

Kita tengok sendiri apa jadi dengan Pantai sekarang? Keadaan itu yang hendak ditunjuk depan Muhkriz bila Exco Pemuda itu datang ke Pantai di jemput Sahak oh Sahak untuk jadi pemerhati mesyuarat bahagian tetapi di pulau pula oleh ahli-ahli.

Yang keduanya, Sahak oh Sahak ni orangnya tidak bertanggungjawab. Lihatlah sendiri bagaimana Sahak oh Sahak ini boleh berhutang berjuta-juta ringgit, rumah kena lelong..Jelaslah Sahak oh Sahak memang tidak layak untuk dicalonkan.

Jika Sahak oh Sahak orang yang bagus, lurus dan betul dalam segala hal, tentunya Sahak oh Sahak tidak berhutang berjuta runggit dengan Dato’ Misran? Sahak oh Sahak...

Bagi menutup segala kelemahannya, Sahak oh Sahak menyerang MB, menuding jari menyalahkan MB kononnya MB sengaja tidak menyenaraikan nama Sahak oh Sahak sebagai calon. Calon apa yang kamu mahukan Sahak oh Sahak..Calon isteri baru atau calon-calon yang disenarai pendek untuk dihumban jauh-jauh dari kancah politik?

Baru-baru ini, di Janda Baik Sahak oh Sahak dan YB-YB dan YB-YB dan YB-YB telah bersepakat untuk menjatuhkan MB dan berpakat untuk tidak menaikkan nama Datuk Seri Utama sebagai Menteri Besar pada tahun akan datang..

Apapun perancangan busuk Sahak oh Sahak, jangan fikir rakyat buta menilai kebenaran. Orang-orang Pantai bukan bodoh seperti yang disangka Sahak oh Sahak. Banyak lagi akan dibongkar...’Siapa makan cili...akan rasa pedasnya..”
dipetik dari blog: http://toksahak.blogspot.com

KAK WAN PENIPU ???

 
Wan Azizah kalau ini tidak boleh lari lagi. mahu lari ke mana? Nurul Izzah juga tidak boleh lari. Mana mana dia pergi rakyat akan tanya . "Mana Jam Omega yang kak wan kata ada ? ".Tak Kan Kak Wan nak jawab dah suruh budak saya gi Hong Kong tempah yang baru....... Jam semua ada nombor siri kawan terutama jam mahal. walaupun Kak Wan berjaya meletakkan logo kerajaan Arab Saudi , namun akan ada saja cara oleh pakar untuk mengenali jam baru atau jam lama.

Kak wan kata badan Anwar tidak macam dalam Video , tetek gelebeh. Suruh lah Anwar buka dan tunjukkan tetek nya depan wartawan lelaki jika benar badan Anwar yang telah berumur lebih kurang 64 tahun. Are You Crazy. rambut Anwar pun dah  banyak gugur. 

Kak Wan kata badan Anwar sebab dia banyak senaman terutamanya ketika di dalam penjara. Bukan  ke masa dalam penjara Anwar sakit Pinggang dan kena Arsenik. Bila masa dia bersenaman sehingga badan nya jadi sasa? 

Monday, 4 April 2011

WALAUPUN MEREKA MENAFIKAN NAMUN JAUH DI LUBUK HATI MEREKA TAHU BAHAWA RAKYAT TIDAK PERCAYA CAKAP MEREKA

Sama tak orang yg melakonkan aksi ini dengan Anwar Ibrahim, rakyat hakim negara - Gbr dari blog Dr Novandry.
Walaupun Wan Azizah, Nurul Izzah menafikan pembabitan suami dan ayahnya di dalam Video terlampau berkenaan namun jauh di lubuk hati mereka berkata, "habis lah kali ini , tidak dapat disembunyikan lagi, rakyat sudah tahu dan rakyat bukan bodoh untuk ditipu lagi."

Begitu juga Nik Aziz terus menafikan dan cuba menutup aib Anwar dengan mengadakan solat hajat untuk meyakinkan penyokong mereka bahawa bukan Anwar yang terlibat dalam skandal Video terlebih ini. namun jauh di lubuk hatinya berkata, kalau Mat Sabu yang mulut tempayan dan Mustafa Ali si gedebe , bisu setelah menonton Video ini, tentu rakyat semua faham apa maknanya. jauh di lubuk hati Nik Aziz berkata " berikan lah aku kekuatan untuk buat tidak tahu saja dalam kes yang mengaibkan ini kerana aku juga percaya itulah Anwar Ibrahim dan jika aku percaya , tak mungkin rakyat tidak percaya,"

PAS perlu memikirkan penglibatan mereka dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak bermoral. Pemimpin ini juga yang mengheret PAS ke longkang dan dihina kerana menyokong perkara yang tidak bermoral. jika PAS menyokong pemimpin yang tidak bermoral , macam mana PAS MAHU BERCAKAP PASAL MORAL?

Jika perjuangan PAS untuk Islam ,PAS perlu melupakan pakatan rakyat kerana terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan kita sebagai orang Islam berlaku di dalam pakatan ini.

Apakah ini yang dimaksukan oleh Nik Aziz dengan berkawan lah dengan syaitan sebelum ini?

Oleh : Along Sogo

Isu Video Sex: Ini sebahagian daripadanya... Cuba saksikan.

Friday, 1 April 2011

HOBIN JANG HOBIN- DAH TAK LARAT DAH KONO HOBIN

Malam ini jika tidak ke mana mana dan berkesempatan , datang lah beramai ramai ke Stadium STAR. Kita lihat aksi pasukan Negeri Sembilan yang akan menentang pasukan Terengganu. Kita berikan sokongan padu untuk kebangkitan pasukan kita.Pasti pada malam ini pasukan kita akan menunjukkan satu persembahan yang bertenaga dan berbeza dari persembahan yang lalu,

Tentu sekali ramai yang mengharapkan sesuatu yang lain pada malam ini. Harap pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah dapat mempersembahkan satu aksi yang membanggakan pada malam ini.Kalau bukan kita yang memberikan sokongan, siapa lagi. Hobin jang hobin,

Tiada Pilihanraya kecil

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (tengah) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Seremban,
Ramai yang bertanya apakah  Negeri akan ada satu lagi pilihanraya kecil kerana ADUN nya di jatuhkan hukuman sebanyak RM20,000 dan juga penjara selama 3 tahun. PRK tidak akan diadakan lagi kerana proses rayuan akan dilaksanakan dan selagi ianya  masih dalam proses rayuan, tidak perlu pilihanraya kecil diadakan.Peguamnya merayu supaya hukuman itu ditangguhkan. Hakim Amran membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.

Hukuman terhadap Mustafa Salim ditangguhkan dan ini bererti beliau belum lagi menjalankan hukuman.

Pilihanraya kecil tidak mungkin diadakan kerana  proses  rayuan memakan masa beberapa bulan sedang  tarikh matang  untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi mana mana Parlimen atau DUN akan tamat pada dalam masa yang terdekat.

Wednesday, 30 March 2011

SAHAK SI KUDA TROJAN

Rasanya tidak salah jika sekiranya mempertikaikan kewibawaan  Ketua Bahagian Seremban Dato' Sahak secara umum kerana beliau juga  tidak menghormati kedudukan beliau sebagai Ketua Bahagian dan UMNO. Beliau secara terang terangan menghentam pemimpin utama kita yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang  juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dalam setiap ucapan dan ceramah ceramah beliau.

Jelas di sini kita lihat Sahak ini tidak punya agenda perjuangan melainkan agenda peribadi. Marah kerana tidak dicalonkan sekali lagi sewaktu PRU 12 yang lalu. Oleh sebab dia tidak dicalonkan , Sahak telah menyusun strategi agar beberapa ADUN UMNO tewas dan oleh kerana  bantuan Tsunami politik Sahak berjaya melakukan. Sahak  hanya mahu memperjuangkan kerusi ADUN dan bukan UMNO dan bukannya rakyat. Buktinya , lihat lah sendiri Pantai jika di bandingkan dengan Jelebu dan kawasan sekitar Kuala Pilah atau Ampangan mahu pun Paroi.Yang menarik , Sahak sendiri tidak tinggal di Pantai. Sahak hanya menjaga orang orang yang mengundi  dan mengangkat beliau sebagai ketua Cawangan dan Ketua Bahagian. Bila tiba musim mengundi Sahak akan buat  rombongan bawa orang orang yang  akan mengundi beliau melawat Langkawi dan jika lebih hebat lagi sampai ke Batam. Di Batam Sahak tak pakai kain pelekat ngan baju tidur dan ketayap lagi.

Eloklah kita ketepikan terus Sahak ini yang semakin hari nampak nya semakin hilang kesiumannya sebagai Ketua Bahagian. tak malu ker ahli UMNO Bahagian Seremban ada  Ketua Bahagian yang tidak siuman. Sahak seolah olah membuat bahagian Seremban sebagai sebuah bahagian UMNO yang bergerak tanpa perhubungan UMNO negeri.Sahak juga menghasut orang orang Bahagian untuk memusuhi Menteri Besar. Kita lihat sejauh mana  Sahak akan bertahan kali ini kerana ada ura ura anak tempatan mencabar beliau dalam pemilihan di peringkat cawangan nanti.

Sahak merupakan liabiliti bagi UMNO Negeri Sembilan, Sahak adalah Trojan Horse yang boleh menghancurkan Barisan Nasional sekira tidak ada sesuatu yang dilakukan kepada beliau. Sahak lah yang akan menyusun jentera untuk mengalahkan  BN di beberapa DUN  dalam PRU 13 nanti. Ahli UMNO yang mendengar  ceramah yang akan dianjurkan oleh Sahak diminta jangan menghadiri kerana ianya akan memecah belahkan UMNO Negeri Sembilan dan akan menjadi pengkhianat kepada parti. cukuplah biar  Sahak saja yang jadi pengkhianat.Sahak tak pelulah berangan angan mahu jadi MB. Tingggi sangat cita - cita itu bagaijkan saudagar mimpi.

Monday, 28 March 2011

MB Bukan Politikus kertelaluan


Negeri Sembilan kini pesat membangun dan pembangunan sememangnya pantas dan ini diakui oleh seorang kawan dari UEL sebuah syarikat korporat apabila kami  berbual bual mengenai Negeri Sembilan. Segalanya   tersusun dan terancang kerana Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad haji Hasan adalah seorang ahli korporat yang banyak pengalaman sebelum beliau dipilih untuk memimpin Negeri Sembilan. Beliau yang pernah bertugas dengan syarikat syarikat besar seperti syarikat kewangan dan juga syarikat di dalam dan di luar negara.
 
Kejayaan beliau menerajui Negeri Sembilan dalam jangka masa dua penggal amat mengagumkan dan tidak siapa yang boleh menafikan bahawa beliau telah berjaya merubah iklim ekonomi Negeri Sembilan ke satu tahap yang mata memberangsangkan.

Negeri Sembilan kini adalah sebuah negeri yang mempunyai  lembah pendidikan , perkilangan , pelancongan  , pusat sukan dan juga banyak lagi hub hub yang dirancangkan untuk dibangunkan  bagi memastikan bahawa Negeri Sembilan akan menjadi  negeri yang maju dan sebuah Bandar raya yang maju kelak apabila Seremban di ikitrafkan sebagai Bandar Raya,

Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat untuk merealisasikan objektif yang telah beliau visualkan untuk di laksanakan. sokongan padu dari pemimpin dan juga  akar umbi di Negeri Sembilan yang terdiri dari bilang kaum amat diperlukan. Tanpa sokongan ini , ia nya akan  menyulitkan dan menyukarkan sedikit kelancaran segala perancangan yang telah dirancang oleh Sri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Terus terang penulis menyatakan bahawa Menteri Besar ini mempunyai visi yang hebat yang mahu direalisasikan untuk melihat rakyat negeri ini  maju dan menjadi rakyat yang terbilang. Malangnya beliau bukan lah seorang politikus yang keterlaluan  yang mahu melibatkan diri dalam pencak silat politik yang sentiasa bergolak. Tujuan utama beliau adalah untuk berkhidmat untuk rakyat. Bagi beliau, beliau mahu dinilaikan oleh pemimpin atasan , ahli ahli  politik sahabat sahabat politik dan juga musuh musuh politik dan rakyat dari hasil kerja yang telah beliau laksanakan.

Namun begitu bukan lah pula beliau langsung tidak berpolitik tetapi berpolitik biarlah ada batasannya. Politik perlu tidak berlebihan. tidak perlu hipokrit dan juga tidak perlu mengadu domba serta memburukkan orang lain mahu pun sesama sendiri.  

Apa yang penulis faham adalah seorang ahli politik perlu menghormati pemimpin yang tinggi kedudukan nya. Seorang pemimpin yang baik akan terus menghormati ketua mereka tidak kira dalam apa juga  situasi kerana itulah ketua mereka.

Pemimpin yang tidak baik adalah pemimpin  yang suka mengadu domba, melagakan rakyat dengan pemimpin dengan mengadakan ceramah ceramah mengutuk ketua mereka sendiri. Jika seorang pemimpin tidak boleh menghormati ketua mereka sendiri , ini bererti pemimpin ini bukan lah pemimpin yang sejati dan tulin. Ini adalah pemimpin yang mementingkan diri sendiri.Pemimpin sebegini perlu kita singkirkan.

Perpaduan adalah satu teras yang sentiasa dipupuk oleh Dato'  Seri Utama dan sekiranya tanpa perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan juga dalam sebuah parti yang besar, amat sukar bagi kerajaan untuk membangunkan negeri dengan pesat.Tanpa perpaduan dan keharmonian kita tidak akan berjaya untuk melaksanakan apa saja misi yang  diilhamkan.

Beliau juga pernah menyatakan dalam  ucapan beliau bahawa , apabila sampai masa nanti beliau akan meninggalkan juga kerusi  Menteri Besar dan berehat dan jawatan ini akan disandang oleh pemimpin pelapis kerana pada masa itu beliau mungkin terlalu tua untuk menguruskan kerajaan. Beliau juga berharap agar pemimpin pelapis untuk segera belajar dan mencari pengalaman bagi persediaan apabila sampai waktu mengambil alih pucuk kepimpinan.

Rakyat Negeri Sembilan masih dahagakan pembangunan dan berharap Dato' Seri Utama akan  terus menerajui kerajaan Negeri Sembilan dan meneruskan usaha yang telah di lakarkan di Grand Design yang melonjakkan Negeri Sembilan sebagai sebuah Negeri yang maju di Malaysia dan menjadi harapan anak anak Negeri Sembilan yang berada di perantauan untuk kembali ke Negeri Sembilan bagi mencurahkan bakti kepada Negeri Sembilan yang dicintai.
oleh ~ along sogo.

Friday, 25 March 2011

ANWAR DAN CHEGU BARD ADA APA-APA KE NI????


Macam mana  chegu Bard tahu gerak sontolan  Anwar  dalam vedio itu tak sama. Biasanya chegu Bard kena macam mana ?

Ini adalah sebahagian kenyataan media yang dibuat oleh Che'gu Bard susulan daripada kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

......
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
........

Chegu Bard telah mengesahkan bahawa video tersebut sememangnya original...tapi apa yang mungkin menjadi tanda tanya rakyat Malaysia berkenaan kenyataan Chegu Bard berkenaan gerak-gerinya Anwar Ibrahim. Gerak geri yang bagaimana dimaksudkan...cara berjalan ke, cara buka baju ke....atau dot..dot..dot..

Kalau nak kata gerak geri dot..dot..dot.., Chegu Bard ada pengalaman ke menonton Anwar buat secara live...atau....yang boleh mengesahkan secara halal hanya isteri Wan Azizah..bukan lu bro...lain la kalau nak mengaku pernah jadi mangsa...baru lu layak...hahahaha...

Kalau nak cover boss kesayangan pun...berpada-pada laa...bukannya lu tak kenal perangai boss lu. Rasanya hampir separuh rakyat Malaysia dah tahu hal ni...tapi lepas video ni keluar....rasanya seluruh rakyat Malaysia tahu boss lu macam mana....rasnya adanya lebih baik tukar je nama Parti Keadilan Rakyat kepada Parti Seks Rakyat...baru kena..

Thursday, 24 March 2011

Berpura-pura Tapi Chegubard PKR Ulangkali Tengok Video Kontroversi 18SX Anwar Ibrahim!!



Wan Azizah kata haram menonton video porno tapi bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau pun Chegubard sudah menonton 2 kali video porno kontroversi Anwar Ibrahim!

Pelik kerana Chegubard begitu berminat untuk menonton video tersebut sampai 2 kali sedangkan seorang lagi pemimpin PKR, Johari Abdul, MP Sungai Petani hanya perlu menonton sekali lagi dan sudah tahu membezakan perut buncit serta kemontokan punggung lelaki tersebut yang di dakwa tidak sama dengan punggung Anwar Ibrahim!

Malah, kenyataan Chegubard itu sebenarnya telah mematikan dakwaan dangkal MalaysiaKini. Portal berita itu melaporkan :-

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?
Realitinya, kenyataan MalaysiaKini itu adalah palsu. Pihak Datuk T sebenarnya berhasrat untuk berjumpa Wan Azizah seperti yang didakwa oleh Chegubard. Berbeza dengan Johari Abdul PKR yang meminta wang sogokan atau wang pelincir daripada Datuk T, Chegubard mendakwa bahawa beliau 'berpura-pura' untuk setuju.
Lawak kerana kononnya berpura-pura tetapi sempat juga beliau menonton video tersebut berulang kali !!
Tetapi Chegubard mengambil pendekataan yang berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan akhbar Johari Abdul yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia. (kenyataan akhbar Johari Abdul KLIK SINI)
Chegubard tidak menceritakan tentang saiz bahu, perut buncit, warna kulit dan kepejalan punggung lelaki di dalam video tersebut. Sepatutnya beliau lebih mampu menjelaskan dengan lebih terperinci serta mendalam tentang saiz perut, punggung atau apa sahaja jika dibandingkan dengan Johari Abdul yang hanya menonton sekali sahaja sebelum di'tendang' keluar kerana mahukan wang sogokan!
Tetapi Chegubard tidak berbuat demikian kerana beliau pasti akan diketawakan oleh rakyat Malaysia seperti isu Johari BAdul PKR!
Rujukan laporan berita di bawah :-

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.


Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.


"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.


Badrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Friday, 18 March 2011

Kalau dah nampak kalah berterusan , kenalah campur tangan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  -- Tertekan dengan gangguan dan campur tangan daripada individu tertentu dalam pengurusan menjadi faktor utama menyebabkan ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan, Wan Jamak Wak Hassan membuat keputusan untuk menghantar surat peletakan jawatan semalam.

Jurulatih berpengalaman dari Johor itu berkata beliau melepaskan jawatan kerana percaya bahawa pihak pengurusan lebih arif tentang pengurusan skuad 'Hoben Jang Hoben' itu berbanding beliau.

"Jurulatih mana sekalipun tidak akan membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih jika tidak berlaku sesuatu dalam pengurusan pasukan.

"Saya buat keputusan pun demi masa depan pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Jumaat.

Wan Jamak berkata beliau harap keputusannya meninggalkan pasukan tidak akan menjejaskan semangat pemain dalam menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

"Saya berpesan kepada pemain agar meneruskan perjuangan mereka bagi menjaga maruah dan nama baik diri sendiri dan pasukan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata jurulatih dalam sesebuah pasukan sentiasa bertukar namun pemain perlu kekal untuk terus mempertahankan nama baik pasukan.

Wan Jamak berkata beliau tidak bercadang untuk meninggalkan kerjaya sebagai jurulatih namun memerlukan sedikit masa sebelum menerima lamaran daripada mana-mana pasukan.

"Saya perlu fikirkan kepentingan keluarga sebelum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan," katanya.

Semalam, Wan Jamak menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) susulan aksi hambar pasukan bimbingannya dalam saingan Liga Malaysia pada tahun ini.

Wan Jamak mula bersama pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2008 dan berjaya membimbing pasukan tersebut menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan Piala FA pada 2010. ~ Bernama

Nota : Betul lah kata Wan Jamak beliau tidak tahan dengan  campur tangan  individu dalam pengurusan Bolasepak Negeri Sembilan. Macam mana  tidak ada campur tangan kerana  pasukan  Negeri Sembilan bukan milik jurulatih saja dan prestasi pasukan ini juga bukan tanggungjawab jurulatih sahaja. Kalau dah pasukan main macam budak darjah 5 tentu lah ada campur tangan  pihak lain, selama ini mereka tidak pun mencampuri urusan bolasepak Negeri Sembilan.kalau setakat 4 game ok lagi , ni dah macam nak kala semua game.

Wednesday, 16 March 2011

KONO LAH MONANG ATAU KONO LAH BUBAR !!!!

Entah mana silapnya, tiap tiap minggu sebelum sampai ke stadium hati dah mula rasa tawar sahaja. Namun kerana semangat masih kuat dan gigih di lawan juga kata kata hati itu yang selalu tidak menyebelahi Team Wan Jamak kebelakangan ini. Bukan saya kata team Negeri Sembilan kerana Team Negeri Sembilan bukan macam ini permainan mereka. Team Negeri Sembilan setahu MR memang hebat. Ini tak hebat langsung.

Walaupun sudah mendahului satu gol menentang  Selangor minggu lalu, MR langsung tak rasa gembira dan tidak yakin Negeri Sembilan boleh menang. Permainan memang cantik di separuh masa pertama tetapi menjadi gulai masak lomak pada  masa kedua. Akhirnya  MR terpaksalah menerima hakikat bahawa memanglah  Team Wan  jamak ini Team Masak Lomak , sodap aja diratah .

Hah ambik kek kau. Bos dah bising. memang patut bos bising sebab Team Masak lomak ini sepatutnya jadi Dream Team, entah macam mana jadi "Dreaming Team" pulak. Bos kata menang     atau bubarkan pasukan, Betullah tuh Bos , nak buat apa pasukan macam ini yang asyik berlatih manjang yo sampai hari game pun nak berlatih juga.

wahai pemain , jangan jadi "selfish" konangkan jugak perasaan peminat. Tuh budak Ultra tuh duk nayalak dari game mula sampai habis, kalau tiap tiap kali mereka balik kalah , mau ada yang mati lemah jantung nanti. MACAM INI AJA LAH. MAIN AJALAH NANTI , KALAU KALAH LAGI. GANTUNG SAJA KASUT BOLA TUH , GI LAH MAIN CHONGKAK PULAK. PANDAILAH TOK MAT NAK BUEK APO NANTI.

Oleh: Miang Rebung

Nak harapkan Rashid Latiff ADUN Ampangan .... Mundurlah Ampangan

Nak harapkan dia ni, asyik tak ada budget saja, bila tah ada budget.
Beruntung betul penduduk Ampangan apabila  Menteri Besar Dato' Seri Haji Mohamad Haji Hasan membuat lawatan kerja di Ampangan  baru baru ini. Kalau nak harapkan  ADUN PKR , tak payah lah. Alasan yang akan dia beri apabila rakyat mengadu masalah ialah jawapan ringkas yang paling mudah  bagi kerja seorang ADUN. Tak ada  budget. Sampai bila kah rakyat  boleh terima alasan tak ada budget ini.

Itulah , ini adalah satu pengajaran  kepada penduduk dan pengundi di Ampangan yang mahu mencuba perubahan yang tidak mereka sendiri tidak menjangka akan kegagalan ADUN pembangkang menjalankan kewajipan.

Kini mereka hanya tungga masa sahaja untuk menghumbankan ADUN pembangkang ini pada pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Cik Gu Rashid  rasanya boleh lah ke kedai nombor ekor kembali setiap minggu tanpa  merasa takut lagi sebab  sudah menjadi orang biasa selepas PRH13 nanti.

Tok Mat mengumumkan bahawa Medan Selera Ampangan dekat sini akan dinaik taraf bagi meningkatkan imejnya dan menawarkan keselesaan yang lebih baik kepada para pengunjung.

Katanya "sudah sampai masanya kerja naik taraf itu dilakukan memandangkan prasarana sedia ada sudah lama dan uzur serta tidak sesuai dengan perkembangan semasa."

Beliau berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengenai usaha itu dan berharap kerja menaik taraf dapat dilakukan secepat mungkin.

"Struktur kawasan itu tidak akan diubah kerana kerajaan negeri tidak bercadang membina bangunan yang tinggi sebaliknya memadai kawasan sedia ada dinaik taraf seperti membesarkan ruang dan memasang jubin serta beberapa kemudahan tertentu.

"Kerja-kerja ini akan menjadikan medan selera ini cantik sekali gus menarik kedatangan pengunjung. Apa yang lebih penting ialah ia dapat menjamin kualiti dan kebersihan yang lebih baik," katanya di Pasar Tani Mega Ampangan di sini semalam.

MB juga memeberikan jaminan  sementara kerja naik taraf itu dilakukan, lebih 20 peniaga yang beroperasi di medan selera itu akan dipindahkan ke tapak yang sesuai.Beliau berharap para peniaga berkenaan akan memberi kerjasama kerana projek tersebut adalah untuk kebaikan mereka sendiri dan masyarakat setempat di Ampangan.

Bertuah lah peniaga peniaga ini nanti apabila kawasan ini dibangunkan dan di naik tarafkan oleh kerajaan Negeri. janganlah pula nanti jadi macam kacang lupakan kulit.Bunga diberikan taik yang dihulurkan kembali. hanya kerajaan  BN sahaja yang boleh membantu kaum Melayu dan hanya kerajaan BN sahaja yang prihatin akan nasib peniaga peniaga kecil. Ambil lah apa yang berlaku di Penang apabila kerajaan DAP yang memerintah. habis peniaga di usir terutama peniaga Melayu.

Tuesday, 15 March 2011

Bob Lokman - Allah SWT tak perlu jadi popular !!!

“Maka, melalui Pas saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah,” tambah beliau lagi.

Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.

“Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini,” ujar beliau dengan penuh semangat. ~

Beginilah kata kata Bob Lokman yang kini  bergelar penceramah, kerjaya baru Bob Lokman dari raja lawak ke pentas ceramah. Orang ramai yang datang melihat ceramah Bob bukanlah mahu mendengar ceramah bob tetapi mahu mendengar Bob berlawak saja.

Walau berserban dan berjubah, Bob tak boleh lari dari imej raja lawak. tapi bukan lah bob yang raja lawak. Bob biasa saja , tak lah lawak sangat. Yang ingin penulis ulas di sini  adalah , Bob mahu mempopular kan Allah. Bob ingat Allah artis ke ? Allah tidak perlukan orang seperti Bob  untuk di popularkan dan Allah tidak perlu dengan ke populariti.

Untuk menebus dosa Bob kepada Allah SWT , bob perlu  beramal ibadat bukan berceramah mengutuk kerajaan di pentas pentas. dari cara apa yang Bob cakap membayanghkan Bob sememangnya telah membuat dosa yang besar sebelum masuk Pas. Bob belajar lah lebih mendalam  tentang ilmu agama. Baru masuk Pas  semalam sudah boleh berdakwah. Baca al fatihah entah betul entah tidak lagi.
oleh : Miang Rebung

Sunday, 13 March 2011

Antan jangan lah berlaga nanti beras jatuh tak boleh dimakan.



“Antan dengan antan jangan berlaga,

 Beras yang jatuh tak boleh dimakan,

 Ayam di tepian jua yang akan kenyang”

Renungkan lah bidalan bahasa ini dan sedarlah bahawa bangsa maruah negara akan tergadai sekiranya kita  tidak bersatu. Kita renungkan kembali bagaimana sejarah yang membuktikan kita pernah dijajah apabila kita tidak bersatu.

Kalau  beras sudah berselerak bercampur dengan pasir, anak anak akan kebuluran ayam juga yang kenyang. Usah lah antan berlaga kerana tamak dan haloba mahu merebut kuasa.

Sudah terbukti bahawa kejatuhan kesultanan Melaka  ke tangan Portugis pada tahun 1511 adalah kerana pejuang  kemerdekaan waktu itu hanya memeningkan diri sendiri dan tidak bersatu. Ini patut kita jadikan pedoman  dan ingatan kepada semua pihak dan rakyat . kata  Menteri  Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan

Mengimbas permulaan perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu , Dato' Seri Mohamad berkata , sememangnya tidak dinafikan lahirnya ramai pejuang Melayu ketika pemerintahan  Inggeris dahulu , tetapi  mereka berjuang secara berkelompok dan tidak bersatu.Ini membuka ruang dan peluang kepada penjajah untuk memecah belahkan mereka  sehingga penjajah  berjaya melabelkan  sehingga Dato’ Bahaman  sebagai pengkhianat bangsa dan fitnah ini berjaya ditanam kepada pemikiran orang orang Melayu ketika itu.

Kesedaran inilah yang memanggil  Dato Onn dan juga Dato Tun Ismail  untuk melakukan sesuatu untuk merapatkan saf orang Melayu dan mereka perlu dan mesti bersatu. Tidak ada pilihan lain selain dari bersatu.Lantas tokoh -tokoh ini mengerakkan dan merencanakan plan penyatuan ini  di Negara ini  dan tokoh-tokoh  seperti telah memulakan rencana 1946 dengan menubuhkan  UMNO atau 'Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu’ . UMNO adalah menjadi tunjang kepada  gagasan dan landasan untuk orang Melayu bersatu ketika itu bagi menuntut kemerdekaan Negara.

 Perjuangan ini mendapat sokongan dari semua rakyat terutama guru-guru Melayu yang menjadi  agen menyampai kan hasrat perjuangan  ini untuk bersatu mencapai hasrat  untuk memerdekaan Negara. Akhirnya segala jerih dan keringat terbayar juga apabila negara Malaysia akhirnya   Merdeka pada tahun 1957.

Menteri Besar mahukan  semua pihak mengenang  kembali  serta mengingati perjuangan kemerdekaan ini .Hayati intipati penyatuan yang ada untuk dijadikan pedoman juga iktibar landasan sebagai   meneruskan perjuangan orang Melayu ketika ini.

 UMNO sebagai tunjang kepada pembangunan Negara  telah berjuang semenjak kemerdekaan. Telah terbukti UMNO berjaya membawa Negara berada di landasan kemakmuran dan kestabilan ekonomi sehingga hari ini.

Berbagai dasar telah direncanakan  terutamanya  dasar persekolahan dan dasar membasmi kemiskinan yang telah  berjaya menurunkan  kadar peratusan kemiskinan rakyat. Kini segalanya telah diatasi ,kadar  kemiskinan hanya tinggal 4 peratus sahaja.  Dasar pelajaran juga telah berjaya apabila kerajaan  memberikan segala bentuk bantuan seperti buku sekolah juga biasiswa semata-mata mahu melihat anak-anak dan orang melayu berjaya.

Yang penting sekarang adalah untuk menerangkan kepada golongan Muda yang mungkin tidak berapa peduli untuk mengambil tahu sejarah yang telah berlaku selama ini.Kita perlu mencari jalan untuk menjelaskan kepada mereka supaya mereka sedar  bersatu padu untuk meneruskan agenda perjuangan orang  Melayu .

 Menteri  Besar Negeri Sembilan yang juga  Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di mana ramai orang Melayu yang kini celaru dan berada di persimpangan kerana terpengaruh dengan anasir-anasir yang sememangnya mencari peluang  memecah belahkan dan menjatuhkan orang Melayu.

" renunglah  dan fikirkan lah ke manakah sebenarnya arah tuju  bangsa Melayu?" Ujar beliau lagi.

 "Orang Melayu akan menyesal dan kecewa jika tidak mengambil iktibar segala yang terjadi pada sejarah lama sekiranya kerana tidak bersatu, berpecah belah, bersengketa  dan mementing kan diri " jelas beliau lagi.

"Negara boleh tergadai dan orang Melayu akan menjadi penumpang di Negara sendiri ".

Beliau juga menyeru agar pemimpin dan rakyat menghormati Kepimpinan Kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak terus didokong dan disokong.

katanya " semua pihak mesti bersatu, berganding bahu bekerja kuat membangun dan mempertahan kan kepentingan Bangsa, Ugama dan Negara."

Segala fitnah dan pembohongan  Parti Pembangkang mesti ditolak ketepi dengan segala bentuk penerangan dan pendekatan yang boleh agar  rakyat tidak lagi terpengaruh juga tertipu kepada golongan yang hanya mementing kan diri sendiri ini.

Parti Pembangkang akan melakukan apa saja bentuk pembohongan termasuk segala macam fatwa yang sebenarnya menyesatkan dan dengan tindak tanduk mereka yang telah dibuat di negeri-Contohnya negeri yang mereka tadbir seperti Pulau Pinang apabila isu merobohkan  1000 gerai di Pulau Pinang menjadi begitu hangat  yang memperlihat kan dasar perjuangan pembangkang  yang sebenar adalah langsung tidak berpihak kepada rakyat.

Beliau menyeru agar semua pihak di Negeri Sembilan sedar akan kepentingan memilih atau membuang undi pada pilihan raya akan datang. Beliau  mahukan semua individu terutama golongan muda yang belum mendaftar supaya segera berbuat demikian  kerana hanya dengan menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi  barulah kejayaan sesebuah parti boleh dipastikan.

Seramai 140,000 pengundi yang layak mengundi belum mendaftar dengan SPR di seluruh Negeri Sembilan dan majoritinya adalah orang Melayu iaitu 95 peratus.

"Bekerja kuat lah bersama-sama dengan kerajaan negeri memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional bagi meneruskan matlamat mempertabatkan dan mempertahan kan kepentingan orang Melayu." pesan beliau kepada rakyat Negeri Sembilan.





 NOTA ;

Artikel ini adalah berdasarkan ucapan Menteri Besar ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, WANITA , PEMUDA dan PUTERI UMNO Cawangan Rantau, Bahagian Rembau Tahun 2011 pada 12 Mac di Dataran Karya Sek. Keb. Dato' Akhir Zaman Rantau.

N9kini@yahoo.com

Friday, 11 March 2011

Bangsa ku - Kalau korang Melayu bacalah.....

Bangsa ku adalah bangsa International antara  bangsa bangsa yang hebat di dunia.Siapa kata bangsa ku tidak hebat dan siapa kata bangsa ku lemah dan lembab."Malaysia boleh" slogan bangsa ku. "Malaysia Boleh " Melayu boleh juga.

Aku memang berbangga  menjadi bangsa Melayu bangsa yang berdaulat bangsa yang penuh hormat beradab dan beristiadat.Siapa kata bangsa ku kurang ajar. Siapa kata bangsa tidak beradab?

Bangsa ku . Bangsa Melayu memang hebat, maksud aku Melayu yang berakal yang sayang kan bangsa dan bukan Melayu yang mahu menjual bangsa atau mengkhianat bangsa. Jangan diperkecilkan bangsa ku yang hebat. Jangan buat buat tidak tahu  dan jangan cuba merubah sejarah kegemilangan bangsa ku seperti ada setengah setengah Melayu  yang mahu merubah sejarah kegemilangan bangsa ku.

Bangsa ku hebat sebab bangsa ku pernah menjejakkan kaki ke  gunung yang paling tinggi di dunia, bangsa ku juga pernah menjelajah menjejaki Kutub utara, Bangsa ku juga telah mengelilingi dunia dengan kapal layar. Bangsa ku pernah menjadi juara All England, bangsa ku juga pernah menerjah gawang pintu gol England. gawang pintu Gol Mancehster united.Yang paling hebat bangsa ku juga telah naik ke bulan.tak hebat ke bangsa ku?jangan kata bangsa ku tidak hebat.Siapa kata aku malu jadi bangsa Melayu?

Kenapa aku perlu malu jika bangsa ku punya kehidupan yang hebat ,bangsa ku menjadi pemimpin yang baik, bangsa ku berjaya menjana kehebatan ekonomi serta  boleh memimpin sebuah negara yang hebat di mana bangsa ku dan bangsa bangsa lain yang berdamping dengan bangsa ku hidup aman sentosa dan selesa di negara ku. Tak hebat ke bangsa ku.?

Bangsa ku tidak ada yang berhijrah atau menjadi pendatang haram di Thailand , kemboja Pakistan ,Bangladesh atau Indonesia  mahupun Myanmar.Bangsa ku tidak ada yang  menjadi buruh kontrak di Indonesia atau Filipina. Bangsa ku juga tidak ada yang menjadi pengasuh  di rumah rumah di Indonesia atau kemboja. Bangsa aku berpangkat tinggi. bangsa ku ramai yang menjadi Jurutera , Doktor , Pegawai pegawai tinggi , bangsa ku juga menjadi menteri menteri , menteri besar dan yang paling hebat bangsa kau adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di tanah air ku.

Jika aku mahu menceritakan  tentang kehebatan bangsa ku, sampai esok pun tidak akan habis aku menulis sebab bangsa ku memang hebat. Macam mana  kita  mahu kaya kan  bahawa bangsa ku tidak hebat. bangsa ku bukan hebat sahaja. Bangsa ku juga adalah yang terhaprak .yang hebat hebat yang haprak , paling haprak.

Bangsa ku boleh mencuri duit berjuta juta melalui kaedah teknologi tinggi , perompak berteknologi tinggi. bangsa ku juga boleh merompak berjuta juta ringgit. bangsa ku juga boleh memburukkan  negara ku di dunia luar.Bangsa ku juga boleh menjual agama untuk kepentingan politik. Bangsa ku lebih alim dari bangsa Arab. Bangsa ku juga boleh menjaminkan kedudukan di syurga. Kala mahu ke syurga boleh bertemu dengan bangsa ku. Bangsa ku juga ada kerajaan atas langit, Hebat tak bangsa ku. Bangsa Melayu.

Jangan terperanjat satu ketika nanti apabila seluruh dunia akan berkiblatkan di Serambi Mekah, kadang kadang ,ikut musim kita kenali juga sebagai serambi Buddha. Jangan terperanjat jika semua bangsa akan mengunjungi serambi ini untuk mengisi borang bagi menyertai kelab sahabat dan mengambil borang untuk ke Syurga.hanya bangsa ku saja yang boleh melakukan.

Bangsa ku juga hebat , mana ada dalam dunia ada  orang yang di dakwa boleh menjadi kebal dan sukar untuk didakwa , enggan memberikan DNA untuk di siasat oleh  pihak berkuasa sehingga  pihak berkuasa terpaksa mencuri.mana ada kes tertangguh berpuluh puluh kali. mana ada seorang pemimpin sanggup membawa  pembancuh kopi dan pembuat karipap khas  apabila keluar negara. ini semuanya dilakukan oleh bangsa ku. bangsa ku juga lah yang  pernah tidur dui tangah jalan sambil pegang bendera kerana mahu derhaka kepada raja. Bangsa ku jugalah yang bermesyuarat di bawah pokok dan paling tak guna sekali bangsa ku juga lah yang sembahyang dua imam.

Tak hebat ke bangsa ku ini???

Bangsa ku memang cekal dan hebat, jika bangs aku mahukan sesuatu bangsa ku boleh lakukan apa saja. bangsa ku juga boleh mengadaikan hak dan maruah bangsa kerana mahukan kuasa. Beginilah cekalnya hati bangsa ku. Sanggup gadaikan apa sajauntuk capai matlamat.sanggup jadi pengkhianat kerana
mahukan kuasa. bangsa ku sangup jadi penipu sanggup menipu satu  negara.

Mana ada bangsa yang sanggup berkawan dengan syaitan ,hanya bangsa ku.mana ada bangsa yang punya  ramai jahilliah sebab tak undi Pas hanya bangsa ku. Mana ada bangsalain dalam syutga melainkan bangsaku yang membawa bendera Parti Pas.mana ada orang Arab dalam syurga. penghuni  Syurag hanya bangsa ku dari kaum Pas. Hebat betul bangsa ku. Kadang kadang aku juga kompius dengan bangsa ku.

Aku selalu berharap pagar bangsa ku menjadi bangsa ku saja.bangsaku tak perlulah menjadi extra  ordinary. Bangsa ku jadilah bangsa yang hebat dan bukan extrim.Apa apa pun aku tetap berbangga menjadi bangsaku yang sebenar bangsa Melayu yang beradab dan bersopan. Bangsa Melayu yang menghormati dan bukannya bangsa yang Melayu yang sentiasa  menjadi saudagar Mimpi.

Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada.Tak perlulah kita mencari syurga dengan jalan pintas. beriabadah  dan jadilah Islam sebenar. Bukan Islam kerana mahu merebut kuasa. Jadi lah melayu Normal , Melayu biasa tetapi penuh azam dan didikasi dan berinovasi. Jadilah Melayu yang hebat. Agar kita boleh dikenang .Tak perlulah kita  mengadai maruah hanya kerana kuasa. Yang penting , Bermegah lah kerana menjadi seorang Melayu.Marilah kita berdiri di alam nyata dan lihat  bagaimana bangsa ku juga sedang membina kaum dan bangsa untuk memertabakan bangsa Melayuke satu tahap yang tinggi dan dihormati. Sama sama lah kita memberikan sokongan dan sama samakita bangunkan bangsakita di bumi yang tercinta ini kerana bangsa kita memang hebat.

oleh: Along Sogo.

Others Blog List