N9kini TV

Tuesday, 8 March 2011

Pahat Berbunyi

Kejayaan besar UMNO/BN di PRK DUN Merlimau dan Kerdau tidak mengembirakan semua orang UMNO. Setelah selesai PRK maka pahat-pahat pun berbunyi, kini berhubung dengan ketidakpuasan hati sebilangan besar blogger-blogger Pro UMNO.

Yang jadi mangsa kecaman ialan Unit Media Baru UBM yang dipengerusikan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang antara lainnya bertugas bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan pengundi-pengundi dalam kawasan PRK sama ada cerita sebenar atau pun rekaan bagi menghasut rakyat jangan menyokong parti pembangkang.

Mengikut lapuran, UMB tajaan UMNO itu mempunyai peruntukan yang besar bagi mengerakkan kempen melalui blogger-blogger yang pro UMNO tapi mungkin peruntukan tidak sampai kepada blogger-blogger tertentu maka ada sekumpulan melahirkan kekecewaan kepada orang yang memegang 'jabir pitih' sehingga ada usaha supaya Unit Media Baru ditutup dan diganti dengan yang baru.

Kepada saya, sebenarnya bukan soal berjaya atau tidak peranan Unit Media Baru menguruskan serangan terhadap parti pembangkang dalam PRK, pokoknya adalah pengagihan rezeki dan wang pelincir kepada orang-orang tertentu yang hanya akan menulis apabila ada bayaran.

Isu ini bukan lahir daripada penulis blog yang secara sukarela membantu UMNO/BN dalam pilihanraya kecil, tapi dipertikaikan oleh mereka yang menulis secara memaki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat dengan membelakangkan etika media dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah kerana ada imbuhan.

Kerja Unit Media Baru bukan untuk mengupah blogger memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah tapi memaparkan isu yang bersangkut paut dengan dasar dan kemajuan yang dicapai oleh UMNO/BN dan Kerajaan. Adalah betul UMB tidak membayar kepada blogger upahan yang sekarang berbalik memaki hamun Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu.

Itulah apabila blogger itu sendiri menulis bukan dengan atas keikhlasan tapi menulis kerana mengharapkan rezeki secupak akan jadi segantang, rasa tidak puasa hati pun datang. Dan blogger tersebut mendabik dada bahawa kemenangan PRK kerana penulisan mereka walhal peranan UMB lebih berjaya menyorat perasaan rakyat dengan memberi lapuran terus bahawa perlunya rakyat menyokong UMNO/BN bagi menjaminkan segala masaalah yang diluahkan oleh rakyat dapat diatasi.

Keupayaan UMB harus dipuji kerana banyak info dapat dimengerti oleh seluruh rakyat terutamnya ahli-ahli UMNO yang tegar, kejayaan UMB berperang dengan blogger yang pro pembangkang sangat berjaya seperti di PRK Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau sehingga menyulitkan pihak pembangkang untuk mempengaruhi rakyat, kalau diharap kepada blogger upahan sudah pasti undi UMNO/BN akan bertambah merosuk.

Sepatutnya para blogger yang mahu melihat kerajaan BN kekal memerintah Putrajaya membantu UMB secara sukarela dan menyokong supaya peruntukan yang lebih besar lagi diberi kepada UMB supaya usaha menyebarkan dakyah dapat dilebarkan keseluruh dunia.

Sekiranya nak tahu UMNO suka atau tidak kepada para blogger yang berkeliaran bersama YB.Ahmad Mazlan kenalah tanya YB. Shahripuddin Abdullah, Timbalan Menteri kerana beliau tahu cara mengajar menjawabnya.

Dipetik daripada blog Mohd Soberi Shafii

Miang Rebung : Sebenarnya dua dua pun sama saja. Memalukan UMNO. Belum pernah dalam sejarah berlaku bloggers menulis berebut duit tetapi berlaku sekarang . tulis tek berapa hanya maki hamun tapi lagak kalah A Kadir Jasin. Bila MR tenguk  ramai bloggers di Kerdau MR dah tahu tentu perkara ini akan berlaku.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List