N9kini TV

Friday, 18 March 2011

Kalau dah nampak kalah berterusan , kenalah campur tangan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  -- Tertekan dengan gangguan dan campur tangan daripada individu tertentu dalam pengurusan menjadi faktor utama menyebabkan ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan, Wan Jamak Wak Hassan membuat keputusan untuk menghantar surat peletakan jawatan semalam.

Jurulatih berpengalaman dari Johor itu berkata beliau melepaskan jawatan kerana percaya bahawa pihak pengurusan lebih arif tentang pengurusan skuad 'Hoben Jang Hoben' itu berbanding beliau.

"Jurulatih mana sekalipun tidak akan membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih jika tidak berlaku sesuatu dalam pengurusan pasukan.

"Saya buat keputusan pun demi masa depan pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Jumaat.

Wan Jamak berkata beliau harap keputusannya meninggalkan pasukan tidak akan menjejaskan semangat pemain dalam menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

"Saya berpesan kepada pemain agar meneruskan perjuangan mereka bagi menjaga maruah dan nama baik diri sendiri dan pasukan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata jurulatih dalam sesebuah pasukan sentiasa bertukar namun pemain perlu kekal untuk terus mempertahankan nama baik pasukan.

Wan Jamak berkata beliau tidak bercadang untuk meninggalkan kerjaya sebagai jurulatih namun memerlukan sedikit masa sebelum menerima lamaran daripada mana-mana pasukan.

"Saya perlu fikirkan kepentingan keluarga sebelum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan," katanya.

Semalam, Wan Jamak menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) susulan aksi hambar pasukan bimbingannya dalam saingan Liga Malaysia pada tahun ini.

Wan Jamak mula bersama pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2008 dan berjaya membimbing pasukan tersebut menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan Piala FA pada 2010. ~ Bernama

Nota : Betul lah kata Wan Jamak beliau tidak tahan dengan  campur tangan  individu dalam pengurusan Bolasepak Negeri Sembilan. Macam mana  tidak ada campur tangan kerana  pasukan  Negeri Sembilan bukan milik jurulatih saja dan prestasi pasukan ini juga bukan tanggungjawab jurulatih sahaja. Kalau dah pasukan main macam budak darjah 5 tentu lah ada campur tangan  pihak lain, selama ini mereka tidak pun mencampuri urusan bolasepak Negeri Sembilan.kalau setakat 4 game ok lagi , ni dah macam nak kala semua game.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List