Cuti sekolah yang lalu,anak penulis melalak selama 5 hari nak tidur hotel , maklumlah masa itu cuti sekolah , Pening juga nak tunaikan permintaan anak manja ku ini.Bukan apa , penulis menulis pasal cerita ini sebab cuti sekolah akan tiba beberapa hari saja lagi. ketika itu penulis bukan ada cuti untuk pergi jalan jalan jauh sikit dari Seremban ini. Akhirnya aku 'browse website" dan cari punya cari aku ternampak satu resort yang tidak jauh di Port Dickson saja.
Tentu anak penulis akan suka ini kerana pada bila bila masa saja dia boleh mandi di swimming pool sebab swimming pool di dalam bilik. hebat bunyinya kan.Tetapi itulah hakikatnya. Lantas penulis membuat panggilan ke resort berkenaan untuk membuat tempahan. Alangkah kecewanya kerana semua bilik telah penuh disewa untuk hujung minggu. Hebat betul ,tetapi penulis dimaklumkan jika penulis mahu menyewanya pada hari biasa , penulis mungkin berpeluang untuk menyewanya pada hari Khamis dan Jumaat minggu berkenaan. dalam keterpaksaan penulis terpaksa menerima cadangan dan menyewanya pada hari Khamis dan Jumaat.
Penulis telah menghabiskan masa selama dua hari di hotel berkenaan , Memang berbaloi dan anak dan isteri menghabiskan masa di swiminng pool berkenaan.Maklumlah "Privacy" , tak ada gangguan.
Hebat betul Port Dickson sekarang ini hati penulis berbisik , Bilik yang agak eklusif dan mahal juga sentiasa penuh di hujung minggu. Penulis kagum dengan keyakinan Menteri Besar yang begitu berani membuat pelaburan di sektor pelancongan yang mana ianya pada jangka panjang sememangnya membuat keuntungan.
Sektor pelancongan menyumbangkan 30 % dari ekonomi Negeri Sembilan. Tok Mat begitu serius dengan sektor ini dan banyak perkara yang telah dilakukan untuk menarik dan memajukan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Sekarang ini sudah ada 8 Homestay dan yang terbaru semalam Tok Mat merasmikan satu lagi Homestay yang diberi nama Klawang Homestay di Jelebu.
Penulis juga difahamkan bahawa Tok Mat juga telah merancang satu pembinaan resort yang menarik di Pekan Pedas di mana terletaknya tempat riadah Air Panas. Khabarnya usaha untuk ini sedang giat dijalankan dan ianya akan memulakan pembinaan nya tidak lama lagi. Dengan prasarana jalan raya yang telah dinaik taraf oleh Meteri Besar tentu sekali memudahkan pelancongan untuk datang dan ini juga akan membuka banyak peluang peluang pekerjaan untuk rakyat.
Kalau resort ini dibuka nanti tentu kita boleh bermalam dan beristirehat sambil mandi air panas di resort ini. Tidak perlu kita bercuti berjauhan dari rumah. tidak memenatkan perjalanan. Inilah kehebatan Negeri Sembilan sekarang yang begitu pesat membangun dibawah kepimpinan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

oleh : Zulli

No comments:
Post a Comment