N9kini TV

Thursday, 3 March 2011

TOK MAT TURUN PADANG BERTEMU RAKYAT DI PETI UNDI PENGKALAN SAMAK MERLIMAU MELAKA


Sejajar dengan kehendak Perdana Menteri agar  pemimpin turun ke padang bersama sama menyelami  dan memahami masalah rakyat yang sememangnya menjadi  satu hasrat yang di impikan oleh rakyat selama ini. 

Penduduk Merlimau peti undi Pengkalan Samak  merasa amat terharu apabila Menteri Besar Negeri Sembilan turun sendiri  ke padang  bertemu dengan penduduk penduduk di Kampung  Kilang Berapi.

Bagi menteri besar, beliau sendiri merasa amat gembira kerana dapat  bertemu secara peribadi  dengan penduduk tempatan khususnya ada warga emas yang tinggal sendirian setelah anak anak semua berhijrah mencari rezeki. Beliau juga sempat menziarahi penduduk yang uzur dan tidak sihat di kampung berkenaan untuk  menyampaikan sedikit sumbangan.

Menteri Besar yang turun ke Merlimau  bagi melihat dan  meninjau sendiri jentera Perhubungan Negeri Sembilan yang berkampung di Kampung Kilang Berapi bagi membantu jentera  pilihanraya kecil Merlimau.

Ketika ditanya oleh wartawan apakah pandangan beliau tentang keadaan di Merlimau , katanya   di sini bukan lah satu  kawasan yang sukar bagi BN dan setelah melalui 16 PRK beliau menganggap rakan  seperjuangan nya Dato'  Wira Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka telah melaksanakan tugasan dan tanggung jawab dengan baik sekali.

Katanya lagi, tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong kerajaan dan apa yang dapat beliau rangkumkan di sini  setelah beliau sendiri bertemu dengan pengundi pengundi di kawasan ini, beliau amat berpuas hati kerana beliau dapat melihat kesemua rumah rumah di sini menyokong Barisan Nasional - 2 / 3  4PM.





No comments:

Post a Comment

Others Blog List