N9kini TV

Wednesday, 2 March 2011

SIAPA KATA NEGERI SEMBILAN BANKRAP - PEMBANGKANG KETANDUSAN MODAL

Pada tahun  2009 menteri besar Negeri  Sembilan  sendiri menjangkakan akan mengalami  yang meleset. Namun bagi pembangkang yang ketandusan bahan untuk memfitnah kerajaan negeri telah mengambil kesempatan ini untuk memainkan  isu yang  dengkel  dan megharapkan  agar rakyat percaya dengan  fitnah yang mereka cuba taburkan.

Oleh kerana mereka tahu bahawa  rakyat Negeri Sembilan kini sedang menikm kemewahan , cara yang paling baik untuk memfitnah kerajaan adalah  meracuni pemikiran mereka kononnya kerajaan berbelanja dengan mewah sehingga kini sudah tidak ada wang dan tidak mampu untuk membayar elaun dan gaji penjawat awam.

Walaupun negara mengalami  kemelesetan nagatif pertumbuhan ekonomi dan kerajaan negeri juga menjangka kan bahawa akan mengalami kemelesetan . Tetapi apabila audit menutup kira kira tahunan pada tahun lepas, Negeri Sembilan   telah dapat merekodkan pertumbuhan ekonomi positif 1.5 peratus pada tahun 2009 dan mendapat lebihan dalam perbelajaan kita sebanyak 74 juta.

tegas Menteri Besar , kerajaan telah membuat balance bajet, disebabkan oleh pembangunan yang telah dibuat di Negeri Sembilan dan kerajaan telah dapat memungut premium yang banyak serta  banyak syarikat syarikat yang datang ke Negeri Sembilan, terutamanya di Enstek, Sendayan, Nilai dan Senawang.

Kerajaan telah memungut banyak premium pada tahun 2009 kita mendapat lebihan peruntukan kewangan Income kerajaan adalah lebihan iaitu sebanyak 74 juta.

Bagi tahun 2010 pertumbuhan ekonomi belum dapat dinilaikan  lagi kerana kerajaan belum menutup akaun, namun Menteri Besar menjangka kan kerajaan  akan merekodkan pertumbuhan ekonomi tidak kurang daripada 6 peratus kerana banyak pembangunan yang berlaku di Negeri Sembilan

Beliau yakin bahawa pembangunan ini akan membawa pertumbuhan ekonomi yang baik . Dalam tahun 2010 sekali lagi walaupun kita telah bentangkan balance bajet di DUN tetapi oleh kerana banyak pembangunan baru yang diluluskan pada tahun 2010.Kerajaan Negeri telah mendapat lebihan pendapatan sebanyak 61 juta untuk  2010 dan tahun 2009 sahaja kerajaan negeri  mendapat lebihan 136 milion lebihan pendapatan.

Adalah merupakan satu penipuan bagi pembangkang yang mahu menuduh bahawa kerajaan Negeri  mahu Bankrap. Mana kira kira  yang mereka perolehi untuk menipu rakyat.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List