


Salahkan Orang Lain Nama Tidak Tersenarai Jadi Calon
Bila membaca akhbar hari ini, PM menegaskan tarikh pilihanraya umum masih belum boleh diperkatakan lagi kerana peratusan sokongan tidak memainkan peranan utama dalam membuatkan keputusan tersebut kerana ianya hanyalah menyatakan populariti sahaja.
Hal ini samalah juga dengan keadaan Sahak oh Sahak yang mana dahulunya dia popular lah Sahak oh Sahak ini dapat peluang jadi pemimpin walhal entah apa yang dia pimpin pun tak tahu..pimpin tangan orang pergi pulau Batam ada laa..
Tetapi, langit tak selalunya cerah.. Sahak oh Sahak akhirnya hanya mampu bergelar mantan bagi ADUN Lenggeng. Sekarang ini Sahak oh Sahak heboh pula mempertikaikan kenapa dia tidak terpilih jadi calon. (macam mana orang nak pilih kau Sahak oh Sahak, kalau tak tahu buat kerja!). Sahak oh Sahak tidak berpuas hati namanya tidak tersenarai dalam percalonan dan mulalah si Sahak oh Sahak ini merapu kononnya tidak terpilih kerana ada pihak yang dengki dengannya dan menyalahkan MB pula..
Aduhai Sahak oh Sahak, sudah tersepit tidak bernafas macam ni pun kamu hendak tuding jari pada orang lain pula? Sahak oh Sahak sudah lupa atau buat-buat lupa dengan keadaan diri Sahak oh Sahak sendiri? Bukankah Sahak oh Sahak ini pernah ada kes di mahkamah dan belum selesai pun kes tersebut...
Sesiapapun faham dan tahu kalau calon itu mempunyai kes di mahkamah risiko untuk kehilangan kerusi adalah besar. Justeru, adalah baiknya Sahak oh Sahak tidak dipilih menjadi calon. Baik untuk calon pilihanraya mahupun calon pemilihan UMNO..dua-dua tak layak..
Cukup kita sentuh dua dalil mengapa Sahak oh Sahak ini tidak layak menjadi pemimpin/calon. Pertamanya, Sahak oh Sahak ini seorang yang diktator, yang mahu semua orang dengar cakap dia sahaja. Berjanji itu ini dengan penduduk kampong tapi perlaksanaannya satu pun tiada.
Kita tengok sendiri apa jadi dengan Pantai sekarang? Keadaan itu yang hendak ditunjuk depan Muhkriz bila Exco Pemuda itu datang ke Pantai di jemput Sahak oh Sahak untuk jadi pemerhati mesyuarat bahagian tetapi di pulau pula oleh ahli-ahli.
Yang keduanya, Sahak oh Sahak ni orangnya tidak bertanggungjawab. Lihatlah sendiri bagaimana Sahak oh Sahak ini boleh berhutang berjuta-juta ringgit, rumah kena lelong..Jelaslah Sahak oh Sahak memang tidak layak untuk dicalonkan.
Jika Sahak oh Sahak orang yang bagus, lurus dan betul dalam segala hal, tentunya Sahak oh Sahak tidak berhutang berjuta runggit dengan Dato’ Misran? Sahak oh Sahak...
Bagi menutup segala kelemahannya, Sahak oh Sahak menyerang MB, menuding jari menyalahkan MB kononnya MB sengaja tidak menyenaraikan nama Sahak oh Sahak sebagai calon. Calon apa yang kamu mahukan Sahak oh Sahak..Calon isteri baru atau calon-calon yang disenarai pendek untuk dihumban jauh-jauh dari kancah politik?
Baru-baru ini, di Janda Baik Sahak oh Sahak dan YB-YB dan YB-YB dan YB-YB telah bersepakat untuk menjatuhkan MB dan berpakat untuk tidak menaikkan nama Datuk Seri Utama sebagai Menteri Besar pada tahun akan datang..
Apapun perancangan busuk Sahak oh Sahak, jangan fikir rakyat buta menilai kebenaran. Orang-orang Pantai bukan bodoh seperti yang disangka Sahak oh Sahak. Banyak lagi akan dibongkar...’Siapa makan cili...akan rasa pedasnya..”
dipetik dari blog:
http://toksahak.blogspot.com