N9kini TV

Wednesday, 16 March 2011

KONO LAH MONANG ATAU KONO LAH BUBAR !!!!

Entah mana silapnya, tiap tiap minggu sebelum sampai ke stadium hati dah mula rasa tawar sahaja. Namun kerana semangat masih kuat dan gigih di lawan juga kata kata hati itu yang selalu tidak menyebelahi Team Wan Jamak kebelakangan ini. Bukan saya kata team Negeri Sembilan kerana Team Negeri Sembilan bukan macam ini permainan mereka. Team Negeri Sembilan setahu MR memang hebat. Ini tak hebat langsung.

Walaupun sudah mendahului satu gol menentang  Selangor minggu lalu, MR langsung tak rasa gembira dan tidak yakin Negeri Sembilan boleh menang. Permainan memang cantik di separuh masa pertama tetapi menjadi gulai masak lomak pada  masa kedua. Akhirnya  MR terpaksalah menerima hakikat bahawa memanglah  Team Wan  jamak ini Team Masak Lomak , sodap aja diratah .

Hah ambik kek kau. Bos dah bising. memang patut bos bising sebab Team Masak lomak ini sepatutnya jadi Dream Team, entah macam mana jadi "Dreaming Team" pulak. Bos kata menang     atau bubarkan pasukan, Betullah tuh Bos , nak buat apa pasukan macam ini yang asyik berlatih manjang yo sampai hari game pun nak berlatih juga.

wahai pemain , jangan jadi "selfish" konangkan jugak perasaan peminat. Tuh budak Ultra tuh duk nayalak dari game mula sampai habis, kalau tiap tiap kali mereka balik kalah , mau ada yang mati lemah jantung nanti. MACAM INI AJA LAH. MAIN AJALAH NANTI , KALAU KALAH LAGI. GANTUNG SAJA KASUT BOLA TUH , GI LAH MAIN CHONGKAK PULAK. PANDAILAH TOK MAT NAK BUEK APO NANTI.

Oleh: Miang Rebung

1 comment:

Others Blog List